Sunday, December 20, 2009

Berbakti pada tanah

1. Batas-batas perlu dibersihkan untuk memastikan tanaman utama tidak mengalami persaingan nutrisi (ini fakta bukan auta).

2. Untuk menanam pokok, anak pokok perlulah diangkat ke tempat tanaman (tips apa ni?).

3. Jika anda bukan penanam yang baik, jadilah pemerhati yang baik (nampak sihat!).

4. Bila sudah siap, bergambarlah dibelakang pokok tersebut seolah-olah anda yang menanamnya (memang kawan yang tanam ok).

5. Akhir sekali satu pose istimewa dari kawan untuk pembaca (kalau nampak macam petani profesional diam-diamkan aje).

------------------------------------------------------------------------------------
Inilah sedikit sebanyak pengalaman yang kawan kutip masa berkebun di Kuala Kelawang. Berkebun ni menyihatkan tapi kalau terlalu sangat pun boleh memudaratkan.

Kawan cakap macamni sebab kawan kalau mesin rumput sejam tak berhenti, boleh kena parkinson lepas tu. Tangan kawan bergetar sampai ke malam tak sudah. Sekarang ni kawan boleh nak agak-agak sikit. 20 minit berhenti rehat sebentar, kemudian sambung semula. Ayah kawan lagi teruk. Mesin sampai 2 jam terus kena athritis. Maklumlah juga sebelum ni pegang pen aje, tetiba kena pegang mesin pula.

Tips yang kawan boleh share sikit-sikit:

1. Berkebun kena sabar. Hasil tak dapat dalam jangka masa pendek. Cabaran waktu menanam pun banyak sebab daripada pokok kecik sampai ke besar mesti ada yang nak berkongsi hasil tersebut. Kawan bagi contoh; bila masa anak pokok babi suka datang makan pucuk. Kambing pulak suka daun anak pisang. Bila besar sikit monyet pulak. sot ba ra (sobar). Kalau tanya orang lama berkebun, semua ada cara nak mengatasi. InsyaAllah. Sub-tips:

I. Nak hindar babi, kawan ada tanya-tanya orang dan dengar orang bercerita ada banyak cara. Boleh hadang zink keliling, letak dawai duri, dan yang ditempat kawan digali parit sekeliling. Tips yang paling kawan suka minta lah orang alim doakan dihindarkan dari ancaman binatang ni.

2. Kebun memerlukan jalan masuk dan keluar yang baik. Kawan teringat waktu jepun nak menjelajah dunia, depa ni dok sakan buat jalan keretapi.

3. Pokok-pokok perlu dibelai dan dijaga dengan penuh rasa tanggungjawab. Tak salah kalau nak usap-usap daun. Pembaca budiman boleh cuba dulu dengan pokok kat luar rumah tu.. =)

ok.. cukup dulu. Kalau kawan teringat kawan share lagi.

*p/s: orang di muar gunakan 'kawan' isntead of 'saya'.. kawan suka dengar bahasa sopan orang muar ni. =)

Tuesday, December 15, 2009

we are not the winner but we are simply the best!



Mungkin post ini ditulis untuk meluahkan rasa kekagumanku terhadap pasukan bola sepak Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Ketika pasukan ini masih terkial-kial mencari dana untuk menyiapkan satu pasukan bagi menghadapi sukan kementerian yang bakal diadakan pada bulan Jun 2010, semangat untuk bergerak diatas dana sendiri tak pernah lenyap.
Pemain-pemain tak pernah kisah bila belanja minyak terpaksa dikeluarkan dari poket sendiri, pengurus pasukan saban kali mengeluarkan belanja untuk minuman pemain dan pemain sendiri seolah tidak ambil peduli apabila terpaksa mengharungi perjalanan yang agak jauh untuk tiba ke venue perlawanan persahabatan.
We are not the winner... Perlawanan di Pagoh kami tewas 6-2. Perjalanan memakan masa hampir 30 minit. Perlawanan ulangan diadakan di Pagoh kami seri 2-2. Kemudian diadakan pula perlawanan di Kluang yang memakan masa hampir 2 jam perjalanan.. Kami tewas 3-0. Serik? Mungkin tidak. Perlawanan terus diatur. Kali ini kami bermain di Segamat dengan perjalanan memakan masa hampir 2 jam. Kami tewas lagi. Kali ini dengan jaringan 3-1. Perlawanan akan datang telah dirancang untuk diadakan di Sepang. Perjalanan mungkin mengambil masa hampir 2 jam setengah.
But we are simply the best.. Komitmen tak pernah luntur. Pemain sentiasa ceria diatas dan di luar padang. Tak pernah lagi kedengaran rungutan bayaran minyak, claim dan sebagainya untuk perjalan-perjalanan jauh. Tak pernah serik dengan kekalahan. Sebab itu mungkin saya sanggup label pasukan ini "Medic FC" is simply the best team in the world.

Mungkin boleh saya perkenalkan:
MEDIC FC, HPSF MUAR





FELDA REDONG, SEGAMAT V/S MEDIC FC HPSF, MUAR.

Friday, September 11, 2009

MUAR

Salam..

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Sedo tak sedo dah 3 bulan berlalu sebagai warga Muar.


Yang menarik tentang Muar dah tentulah pertamanya disitu terletak sebuah Hospital yang telah berusia hampir 100 tahun (Since 1900); Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Menyelusuri hospital ini sedikit sebanyak kita akan digamit dengan permandangan bangunan-bangunan lama yang masih berdiri utuh memberi bakti kepada Warga Muar dan sekitarnya. Tambah menarik inilah satu-satunya Hospital Kerajaan yang ada title "Pakar".


Lagi tentang Muar, mungkin ramai akan bersetuju sekiranya Muar dijadikan Hub tempat makan se-Malaysia. Kalau pelawat-pelawat datang Pulau Pinang akan mencari Buah Pala, ke Terengganu mencari keropok leko, melangkah sahaja masuk ke Muar tidak lengkap hari tanpa menyantap asam pedas dan mee bandung muo. Saya sendiri biasa menerima rakan sejawat dari luar yang sering bertanya tentang makanan-makanan ini.


Pernahkah anda terfikir tenatang definisi 'Muar' itu sendiri. Perkataan Muar itu sangat dekat dengan Muara; yang mana orang dahulukala cuba mengambarkan betapa muara sungai Muar adalah yang terbaik di dunia. Percaya cakap saya, air sungai Muar bakal menampilkan sedikit ketakjuban kepada anda. Mungkin pagi hari anda akan melihat air yang keruh bersalut kelodak-kelodak tanah.. tapi petang hari anda akan dapat melihat kehijauan air seolah-olah anda sedang berada di perairan lautan. Anda juga boleh menyelusuri sepanjang Sungai Muar dengan perkhidmatan bot perlancong yang disediakan.

Orang-orang di Muar anda akan dapati penuh dengan rasa bertanggungjawab. Layanan mesra mereka pasti membuatkan anda terlupa anda sebenarnya hanyalah seorang pelawat. Pengalaman saya sendiri mendapat layanan dari orang kampung yang menyewakan rumah sehingga membuatkan saya sendiri tidak tahu cara untuk keluar menyewa rumah lain.. Komuniti disini anda akan dapati terdiri dari suku Jawa (say it rite.. JOWWO). Beri saya setahun untuk berintereaksi fasih dengan anda dalam loghat Jawa kerana saya sedang kearah itu (maaf saya sendiri juga tidak yakin). Untuk anda saya ajarkan 1 perkataan mesra untuk menyapa.. hey mat dhorrong-dhorrong.. (Mat duduk-duduk dulu)

Satu yang mungkin anda tidak pernah terfikir barangkali atau anda tidak sedar. Istimewanya Muar itu telah bertambah berlipat kali ganda lagi kerana terdapatnya 1 pembaharuan disana. Yang saya maksud adalah kerana adanya saya di Muar anda akan rasakan Muar itu sangat istimewa. Btol..btol..btol. Masih menafikan? cuba minta rakan anda menyebut "Muar".. Anda pasti akan teringatkan saya.. (Maaf, saya baru sahaja menduduki Ujian Sikologi JPA)

Sekian buat tatapan, sekadar berkongsi anda apa yang menarik di Muar.
BERBUKA PUASA BERSAMA PENGARAH HOSPITAL
HOTEL PELANGI, MUAR
7 PETANG
---------------------

Dari kiri: CC Kamal (Kewangan), Adli (Kewanagn), Mis x (Staf Hotel), Dr Pauzi (Pengarah)

Midle Left: itu saya, Akmal (Pegawai Sains/ Hzmate)

nyam..nyam (RM25 seorang!!)


Saturday, August 29, 2009

1,618

Bismillahirrahmanirrohim,

1. Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun.

2. dan demi bukit Sinai.

3. dan demi Kota Mekah ini yang aman.

4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

5. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka).

6. Kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putus.

7. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu?

8. Bukankah Allah hakim yang seadil-adilnya?

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Mahasuci Allah yang menciptakan alam semesta..
Ayat 4 Surah At-tiin sangat berkait rapat dengan Video dibawah:

Monday, June 29, 2009

Dodoinya dari Buaian..

Indah dibuai,
Mengelamun sayup sura merdu mendodoi,
Terasa lena dibalut mimpi yang panjang,
Biar terjaga sementara buai tetap beralun,
Melenakan mengikut rentak alunannya mempesona..

Bila mata yang lena terus dibuai,
Lagu yang merdu terus didendang,
Biar mata celik seketika,
Tiada apa mampu menahan lalai yang memukau lena yang panjang..

Namun,
Orang yang mengaku paksinya atas keimanan,
Takkan lenanya terus hanyut dibuai-buai?

Andai matanya dibuai keasyikan,
Hatinya tersentuh melihat pengabdian,
Sebuah kisah yang penuh nukilan,
Bukti betapa kasih sayang milik tuhan..

Sepasang-pasang senyuman,
Yang tunduk penuh kesyukuran,
Memberi bukti sebuah keazaman
Hidup ini tidak bertali tanpa dia sebgai pergantunggan..

Sana sini dtabur kenikmatan,
Namun wangian itu satu keaslian,
Untuk mata yang lena
dan hati yang leka,
Sedar bersama satu iktikad,
Tetaplah dijalan ini meski ada yang carik,
Ditikam duri merobek perasaan..

Terima kasih pada sepasang-pasang senyuman... =)

Sunday, June 28, 2009

Yang terbaru..

Assalmualaikum wbt..

Hai semua pembaca yang budiman. Apa khabar anda semua? Anda pasti rindu pada tulisan terbaru saya setelah sekian lama menyepikan diri.

Anda mungkin nak tahu perkembangan saya terkini rite? Well sekarang saya berkhidmat di bahagian pentadbiran Hospital Pakar Sultanah Aminah, Muar. Alhamdulillah, 25 Jun yang lalu genaplah sebulan saya sebagai Penjawat Awam Kerajaan Malaysia.

erm, maafkan saya ada urusan sedikit.. tulisan ini akan disambung kemudian..

Friday, May 15, 2009

Hati-hati dengan Penceroboh

Kuala Terengganu, 20 April. Penduduk disekitar Kuala Terengganu diminta lebih berhati-hati semasa menggunakan tandas awam berhampiran Pasar Payang. Ini berikutan penceroboh misteri (PM) dilaporkan semakin aktif menjalankan kegiatanya.

Motif pencerobohan misteri tandas wanita ini masih disiasat memandangkan tandas lelaki yang disediakan masih berkeadaan baik dan mampu menampung jumlah penggunanya. Persoalan juga timbul mungkinkah PM juga terkeliru dengan identitinya atau majlis perbandaran yang bersalah kerana menyediakan pentunjuk yang tidak jelas?.

Adalah digalakkan untuk penduduk sekitar Kuala Terengganu dan di persekitaran dimana PM berada untuk mengelak penggunaan tandas awam. rancang perjalanan anda dengan selamat.

Bersama (berita sama-sama) juga telah berjaya menjalankan sisatan sendiri dan berjaya menangkap kegiatan PM ini. Namum apabila dihampiri, PM telah bertidak ganas dan memecahkan kamera milik wartawan bersama. -Bersama.

Tanda yang dipasang jelas menunjukkan tandas wanita.

Awas!! "Run for your life"

------------------------------------------------------------------------------------------------
Satu lagi khidmat masyarakat dibawakan untuk warga Malaysia dari bersama..


Wednesday, May 6, 2009

Lukisan dinding Tadika

Ramai orang suka belek membelek gambar-gambar lama. Belekanku kali ini menemukan kenangan jerih payah menyiapkan lukisan-lukisan ni.

Ini adalah lukisan dinding untuk sebuah tadika di Kuantan. Kebetulan pengusaha tadika ni pensyarah di UIA; Dr Ibrahim, jadi projek ini secara mudahnya diberikan kepada kami.

Waktu ni kami masih lagi penuntut di IIUM, Kuantan. Masa yang diambil untuk menyiapkan keseluruhan projek ini lebih kurang seminggu. Seminggu yang melibatkan kadangkala sehingga pukul 3-4 pagi untuk menghabiskan part-part yang sedang dibuat. Dalam kedinginan tengah pagi yang henin dan anjing yang tidak berhenti menyalak, tangan tetap setia bersama berus cat.

Terima kasih juga kepda cikgu tadika yang sudi membantu dan kepda awau yang sudi tinggalkan kenangan di bumi kuantan bersama hasil catnya.

Harga projek ini tidaklah semahal mana. Kenalah dengan tahap profesionalism kami.

Bila dah siap, semestinya inilah kenangan manis yang ditinggalkan untuk tatapan bersama.

Sunday, May 3, 2009

Panas tidak sampai kepetang.

Semalam ada 3 match bolasepak yang melibatkan my feberet teams. Selangor (8.45pm), Chelsea (10pm) dan Real Madrid (2am).

Yang paling dinantikan dah tentulah antara Selangor dan Terengganu. Ini team yang kalau kecik-kecik dulu buat team bola mesti berebut nak bagi nama team 'Selangor'. Ye, result cukup membahagiakan. Selangor 3, Terengganu 1. (sori lutfi). Lepas tu perlis pun seri (sori abg ipar aku), maka arakianya Selangor pun berada paling atas dipuncak Liga Bolasepak Malaysia. Ada harapan cerah jadi juara treble musim ini (n sori ed kedah tak dapat buat hatrik treble).

Maka, pukul sepuloh am beralih pula tumpuan menyaksikan EPL. Perlawanan antara Chelsea dan Fulham. Ini pula team untuk orang-orang macam aku yang mula minat EPL bila Abramovich beli Chelsea. Keputusan juga membahagikan Chelsea menang 3-1.

Kusangkakan momentum kemenangan akan berpihak kepadaku bila Real Madrid mendahului Barcalona di Santiago Bernabue 1-0, akan tetapi benarlah panas adakalanya tak sampai kepetang walau langit secerah mana pun, kadangkala ribut pun boleh mendatang. Benarlah yang terjadi Real madrid bukan hanya kalah kepada Barcalona, tetapi dibelasah 2-6 digelanggang sendiri. Inilah kemenangan terbesar Barcolana dalam sejarah semenjak La Liga ditubuhkan. Terasa malu juga menjadi sebahagian dari sejarah ini. Aku adalah antara penyokong didalam sejarah Real madrid yang dibelasah paling teruk di Santiago Bernabue. Minit ke 80 terasa nak tutup terus TV. Tapi mengenangkan dah bersengkang mata sampai pukul 4 pagi, marilah teruskan pesta terkedu-keduan..

Friday, May 1, 2009

Madin Mohammad 6 Year Old Next Cristiano Ronaldo 08/09



terasa kagum dengan skill budak ni. Tanpa bakat memang susah nak buat macamni.

Wednesday, April 29, 2009

Result peperiksaan PTD 2009

Sebelum keluar rumah tadi sempat jenguk kejab peti surat No 18, Lrg Jasa 2D.. Ada surat untuk Mohd Haikal Mohd Yusuff.

Dari SPA.. Wah agak suprise gak ni sebab memang ada apply jawatan untuk PTD.

Jadi bukaklah dengan berhati-hatinya dan penuh pengharapan..

Maka isi kandunganya;


Walau hampa jugak, tapi yang penting ada usaha dan kena terus berusaha... =)

Tuesday, April 28, 2009

Virus in Blog's page


Ha' ???

Lukisan 2009


Dah bertahun tak melukis.. tiba-tiba ada mood nak melukis balik. Mungkin sebab masa begitu banyak sekali sekarang ni.. =)

Saturday, April 25, 2009

Padang Bola



Kehangatan Piala FA yang semestinya Juara bagi musim 2009 adalah Selangor. Pemain terbaik perlawanan adalah Moh Amri Yahya. Menurut pengulas semalam, Amri dikesan bakatnya bermain bolasepak ketika dia sedang berlari-lari dipermatang sawah. Tidak ada siapa menduga dia akhirnya menjadi salah satu ikon bolasepak Selangor dan Negara.

Ini semestinya buatkan aku terimbau kenangan lalu bagaimana aku bermula sebagai seorang yang berlari-lari diatas jalan tar. Halaman diantara rumah-rumah di Lorong 3, Kampung Baru Sri Puchong menjadi lokasinya. Ruangnya tidak begitu besar. Hanya berukuran 15x10m, tapi kenanganya pasti tidak boleh dilupa. Dengan tiang gol yang tidak seperti kebiasaanya berada ditengah padang (dalam kawasan A), dan jalan tar yang termasuk dalam kawasan permainan menjadikan permainan bolasepak awalku agak mencabar.

Pemain terjatuh kedalam longkang adalah pekara biasa kerana bola outside adalah apabila bola masuk dalam longkang. Kadang-kdang untuk menyelamatkan bola, badan yang menjadi habuan longkang. Tanpa kasut, memang kerap kali kaki terutamanya ibu jari terkoyak apbila tersepak permukaan jalan tar yang tajam. Dalam keadaan kaki yang menitiskan darah permainan tetap diteruskan. Rasa sakit cuma seminit dua.

Paling tak boleh dilupakan diwaktu usia kami masih bersekolah rendah, kami pernah bertukang membuat tiang gol. Lebih manis kami juga membuat jaring gol sendiri menggunakan tali rapia meskipun jaring hanya bertahan untuk 1 hari sahaja. Rasa bangga juga bila jaring kami mendapat perhatian orang-orang kampung.

Kini padang tersebut cuma menjadi tempat bersejarah sahaja. Tidak ada generasi seperti kami lagi yang berminat menggunakanya..

Mungkin kerana zaman kanak-kanak hari ini begitu suram. Permainan game console, Internet dan sebagainya telah menghapuskan keseronokan merasai bermain bola atas jalan tar, main nyorok-nyorok, combat, konda-kondi, rounders, dan semestinya main kawin-kawin.

Apapun, aku dan rakan-rakan tidaklah menjadi ikon bolasepak negara pada hari ini.. Mungkin kerana kami berlari diatas tar, bukan permatang.. =)

Apa yang ku tahu

Mengapa hati resah mencari damai,
Kalau damai itu bukan milik hati..

Carilah gembira disebalik duka,
Mungkin disana ada berita untuk yang terluka..

Berjalan, mentafsir dan melihat,
tidak juga kalau itu bukan yang dijanjikan..

Berhujah dan terus berdebat,
bernoktah tanpa sempadan..

Berlari laju meredah taufan,
Biar tersungkur rebahnya membaham badan..

Duduk sebentar,
Berfikir sejenak..

Duduknya lama,
Mati akal..

Berbicara?
terdiam lesu..

Berikat pada tiang,
berbudi pada bahasa,
berilmu pada diri,
berbakti pada nusa, bangsa dan agama..

Bermadahnya indah,
Bertuturnya hebat..

Bertambahnya nikmat,
berdengki usah disemat..

Bersamanya membina,
Selamanya sejahtera..


-------------------
haikal: 1.58am

Wednesday, April 22, 2009

Tips Jangan Bersedih (V1)

Melihat manusia berada dalam kesedihan bukanlah suatu pilihan. Sebagai insan yang mempunyai hati dan perasaan, ditambah pula kalau manusia itu mempunyai ikatan persahabtan, pilihan pertama adalah membantu meleraikan kesedihanya.

Juga mempunyai kawan-kawan bermakna mempunyai pelbagai kesedihan. Ada yang mungkin kemurungan menghitung nasib yang sudah tersasar dari kebenaran, ada kesedihan kerana perselisihan dalam persahabatan, ada sayu kerana terasa kurangnya kasih sayang kekeluargaan, ada yang bingung memikirkan masa hadapan, ada yang kusut memikirkan bebanan pekerjaan dan ramai juga yang sedu meluahkan hati yang retak dilanda masalah percintaan.

Memang ada pandangan-pandangan khusus yang boleh difikirkan untuk tiap kesedihan. Tetapi sebenarnya ada 1 jawapan khusus dan terbaik untuk semua jenis kesedihan.

Dalam dunia ini sejak dari penciptaan Nabi Adam A.S, telah berlakunya pengiliran antara kesedihan dan kegembiraan. Ketika Adam dan Hawa bergembira disyurga, mereka juga dilanda kesedihan diturunkan kedunia. Begitu juga ketika tentera Islam meraikan kejayaan Perang Badar, mereka ditimpa kesedihan tumpas di medan Uhud. Dan hari ini juga umat islam ditimpa kesedihan melihatkan darah umat Islam yang deras mengalir dibumi Palestin, Iraq, Afghanistan, Bosnia dan India.

Tetapi janji Allah pengiliran tetap akan berlaku selepas kesedihan ini. Dunia suatu hari nanti akan diperintah oleh Imam Mahdi dalam keadaan umat Islam ketika itu akan merasai keamanan dan kesejahteraan. Sehinggakan manusia yang mati juga ingin hidup kembali kerana begitu damainya dunia dibawah pimpinan Imam Al-Mahdi pada waktu itu.

Mungkin kerana itu Allah menenangkan jiwa-jiwa yang ditimpa kepayahan dengan ayat

"Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (An-Nasyrah : 5)

dan...

"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Yunus : 107)

Ujian adalah untuk meningkatkan ketakwaan. Elok juga kalau direnungkan atau difikirkan ayat-ayat Al-Quran ini bagi hati yang dilanda kesedihan:

"(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan" (Ali Imran [3]: 134)

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui" (Ali Imran [3]: 135)

Mungkin kita sering mendengar perkataan takwa, akan tetapi masih tercari-cari bagaimana ciri sebenar orang bertakwa. 3 Ayat diatas mungkin boleh memberi sedikit panduan.

1. Orang bertakwa ialah orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, cepat-cepat ia memohon ampunan dari Allah.

2. Orang bertakwa ialah orang yang suka menderma masa senang atau susah.

3. Orang bertakwa mampu menahan kemarahanya.

4. Orang bertakwa sentiasa memaafkan kesalahan orang.

5. Orang bertakwa suka membuat kebaikan. Dan apa pula kaitan ayat-ayat ni dengan kesedihan masalah percintaan, bebanan kerja dan sebagainya? Bagi saya kaitanya adalah inilah tips yang diberikan dari kitab Al-Quran bagaimana menghadapi kesedihan seterusnya meningkatkan lagi ketakwaan.

Tenangnya hati jika ayat-ayat diatas diamati dan diterjemahkan melalui:

1. Tatkala kita dilanda kesedihan tersebut, kita sentiasa memohon ampun dari Allah. Boleh jadi kesedihan itu adalah disebabkan dosa-dosa kita yang lalu.

2. Walaupun merasa sedih, tapi mungkin dengan menderma boleh menguatkan semangat diri. Derma adalah satu pengorbanan, dan orang yang benar-benar sanggup berkorban adalah orang yang mempunyai jiwa yang kental.

3. Baik juga diwaktu kesedihan kita mampu menahan perasaan marah. Perasaan marah cumalah menambahkan lagi kekusutan yang sedia. Perasaan marah membuatkan akal tidak dapat berfikir dengan waras. Mengawal marah bererti menahan amarah nafsu dari mengantikan akal untuk berfikir.

4. Maafkan kesalahan manusia lebih-lebih lagi manusia yang menyebabkan kesedihan. Memaafkan manusia memerlukan kekuatan. Dengan memaafkan, kita telah memiliki kekuatan tersebut.

5. Hapuskanlah kesedihan itu dengan melihat orang lain merasai kesenangan. Bila kita membantu manusia-manusia yang berada dalam kesusahan, manisnya kesenagan orang pasti tempiasnya dapat juga kita rasakan.

Yang lebih pentingya, kita sebenarnya juga akan diuji adakah kita mampu untuk memohon keampunan, menderma, menahan marah, memaafkan dan membuat kebaikan ketika kita dalam kesedihan. Jika kita mampu, dengan izin Allah boleh jadi kita tergolong dalam orang-orang yang diiktiraf ketakwaanya dan merasa tenang atas segala kesedihan yang akan mendatang.

IKLAN TONG GAS

SERVIS PENGHANTARAN TONG GAS MEMASAK
KAWASAN SEMENYIH

(GAS TANK DELIVERY SERVICE)



HUBUNGI:

Shahril – 0142375518
Kamal – 0133383455


R5 ENTERPRISE
No: 40, Jln 6/2, Bandar Baru Rincing, Semenyih.

Saturday, April 11, 2009

Bola Sepak Kita.

"Wei, berani 1 by 1 lah.. Jumpa wa kat sana nanti. @el#ka!!"

"*#@Ma*!!"

"Woii.. Si@! lu pehal"

"Bang tangkap gambar saya sekali.. nak jugak"
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Jujur aku katakan yang inilah pertama kali aku menyaksikan aksi pertengkaran antara 2 kelab penyokong yang agak ramai. Kalau nak ikutkan stadium bukanlah suatu yang baru bagi aku, tapi insiden provokasi melampau anatara penyokong Selangor dan Kelantan malam tadi agak menghiburkan secara fizikalnya.

Perbalahan malam tadi melibatkan sekumpulan penyokong yang aku anggarkan dalam 100 orang ditempat letak kereta setelah perlawanan tamat. Takde punca yang jelas tapi rasanya agak mudah untuk meramalkan semuanya kerana provokasi dari individu-individu tertentu.

Perbalahan ni akhirnya dileraikan oleh sekumpulan anggota Polis dan keadaan kembali tenang selepas 30 minit.

*Komen*

  1. Menghiburkan kerana provokasi melibatakan aksi bertikam lidah dan tidak ada mesej yang jelas yang ingin disampaikan. Rasa tidak puas hati diterjemahkan dengan perkataan makian dan carutan melampau. Sebab itu masalah tak selesai. Kedua-dua pihak sendiri tidak memahami apa masalah sebenar mereka sehingga mencetuskan pertengkaran.
  2. Kedua pihak mahukan pergaduahan atau dengan kata lain ingin menambahkan musuh. Lebih mengharukan musuh yang ingin dicipta adalah dari bangsa & agama sendiri (Melayu Islam).
  3. Apabila wartawan mengambil gambar, ada yang beria minta gambar mereka dirakamkan. Apa sebenarnya yang mereka cari. Perhatian atau publisiti murahan


Pandangi Langit Biru ini


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Robb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka” (QS. Ali Imran: 190-191)

Thursday, April 9, 2009

Kabinet Baru Malaysia 2009

Portfolio Menteri
Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi) Dr. Koh Tsu Koon
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen) Mohamed Nazri bin Abd. Aziz
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi) Nor Mohamed Yakcop
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Jamil Khir Baharom
Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein
Menteri Kewangan Najib Tun Razak
Menteri Kewangan II Ahmad Husni Mohamad
Menteri Pertahanan Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kong Cho Ha
Menteri Kerjaraya Shaziman Abu Mansor
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Peter Chin Fah Kui
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapa Mohamad
Menteri Luar Negeri Anifah Aman
Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin
Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat
Menteri Sumber Manusia S. Subramaniam
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Jalil
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Maximus Ongkili
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Douglas Unggah Embas
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Shafie Apdal
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Ismail Sabri Yaakob
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Bernard Dompok
Menteri Belia dan Sukan Ahmad Shabery Cheek
Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai
Menteri Penerangan Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Rais Yatim
Menteri Pelancongan Ng Yen Yen
Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Friday, April 3, 2009

Haikal

Setiap nama mestilah suatu yang unik. Bila disebutkan 'Ali' bagi mereka yang mengikuti sirah mungkin akan terlintas difikirkan perihal manusia yang sangat rapat dengan nabi bernama Saidina Ali Karamallah. Juga mereka yang mempunyai kecenderungan sukan, tidak dapat tidak Muhammad Ali 'd greatest boxer' pasti dalam ingatan. Tidak ketinggalan Muahamad Ali Karemi, lagenda bolasepak Iran. Mungkin juga dikalangan orang melayu, nama Ali lebih cenderung dikaitkan dengan Ali baba bujang lapok. Baik juga disebutkan Ali davidson untuk peminat motosikal berkuasa kuda tinggi.

Mungkin Ali adalah nama yang begitu mahsyur diserata dunia. Rata-rata pemakai nama Ali adalah mereka yang pernah menempah kemahsyuran. Bagaimana pula dengan nama haikal? Menyelusuri kehidupan ini selama 26 tahun meyaksikan haikal dibayangi pelbagai persepsi.

"Ismi haikal.."



"hey do you know the meaning of haikal is skeleton?" sambil tersenyum pelajar arab menerangkan.



"and it can be the structure as well" terang pelajar dari timur tengah yang lain.

Sebenarnya tidak menghairankan 'haikal' dalam bahasa arab mempunyai pelbagai pengertian. Bahasa Arab itu sendiri yang diperakui sebagai bahasa yang mempunyai nilai tatabahasa yang tinggi kadangkala mempunyai lebih dari 50 pengertian yang berbeza untuk hanya satu perkataan.

tidak kurang bagi mereka yang mengikuti arus perdana dunia..



Haikal sulaiaman (tiada dalam gambar). Orang yahudi mendakwa haikal sulaiman adalah tempat ibadah mereka yang tertimbus dibawah masjidil Aqsa (gambar diatas).

kadangkala bila memperkenalkan diri kepada golongan-golongan wanita.. "nama saya haikal"



yang kerap kali terlintas difikiran mereka haikal adalah satu nama yang sinonim dengan watak jahat dalam filem atau drama.

dan bedasarkan segelintir pengalaman tidak kurang juga;



"eh, budak nama haikal mesti nakal-nakal kan? ko nakal tak dulu" yang bertanya.

Mengelamun jauh merentas masa lalu pasti menemukan zaman kegemilangan kanak-kanaku. Haikal pada minda imiginasi kanak-kanak seusia denganku pasti menerbitkan kelucuan.



basikal..



"weh Sakai.." bahan yang digunakan untuk memprovokasi empunya nama haikal.

Tapi kalau bertanya pada Mak,



"Haikal ni maknaya sesuatu yang menyuburkan.. pohon yang subur" Mak lancar menerangkan sambil tukang dengar yang turut menyampuk mengusik.

------------------------------------------------------------------------------------
Inilah sebuah nama yang menjadi doa bagi yang memanggil.. :)

Prison Break Season 4 Episode 17

Thursday, April 2, 2009

Jiran Cinaku..

Taman Jasa Ria, Kampung Batu Belah. Oh ye, ni nama taman rumah aku. Kampung batu belah pulak lokasinya. Takde nak promote pape pun. Juz nak flashback kisah jiran cinaku disini.

Taman ni terdapat cuma 40 buah rumah dengan 50% penghuni cina, 40 Melayu, dan 9% India. Jadi semua penududuk taman ni dikira sebagai jiran aku lah sebab masih termasuk dalam lingkungan 4o buah rumah. Taman ni pula asalnya adalah kebun getah, tempat aku cari biji getah untuk dilagakan waktu zaman sekolah dahulu. Kawasan perumahan ni dikelilingi oleh rumah kampung komuniti asal penduduk kampung batu belah.

Bila hari raya eid-fitr boleh dengar bebudak melayu sakan bakar mercun dan meriam besi. Standard la bebudak kampung. Tiang telefon mana yang derang ambik buat meriam pun aku tak pasti. Yang penting line telefon rumah aku masih ok sudahla.

Ada pernah jadi skali jiran cina belakang rumah aku pegi sound bebudak melayu ni. Lepas sound senyap kejab. Lepaih tu bunyi balik. Dah aku tengok bapak budak pun ada yang main. Ala, apa nak bising-bising kan? bila raya Gong Xi Fa Choi kita pulak kena sabar dengar lagi bingit mercun derang sampai kepagi.. Lagi mengharukan, pagi-pagi tengok penuh abu mercun atas kerta kita. Yang kurang best-nya lepas peristiwa ni, rumah jiran cinaku kena conteng pulak.

Apapun, amat payah untuk aku sendiri bergaul dengan jiran-jiran yang berbangsa cina disini. Jauh berbeza dengan suasana ketika aku dibesarkan dalam suasana kampung di Puchong dulu. Kalau dulu banyak kali gak main bola lawan team budak india dan kadang-kadang main baling duit dekat dinding dengan anak tokey kedai cina, tapi sekrang ruang tersebut dah agak terbatas. Ketara juga sebenarnya taraf hidup mempengaruhi nilai-nilai kemasyarakatan. Takpelah, tu cerita 14 tahun dulu.

Sepanjang pendudukan aku kat taman ni bukanya tak ada langsusng pergaulan dengan jiran cina. "Used to have one lah". Dulu sebelum dia berpindah depan rumah aku ni ada sorang jiran berbangsa cina yang memang peramah. Bila ada majlis atau hari raya dia akan datang rumah. Bila Gong Xi Fa Choi kami memang selalu dapat limau mandarin. Bila dia ada masalah kadang-kadang dia akan datang mengadu pada kami. Anak dia dua orang lelaki. Yang tua sekali bila tanya dia dah besa nak jadi apa? jawapan yang tak pernah berubah nak jadi 'gengster'.. kalau gengstarz takpe la lagi. Ntahla, dah tercapai belom cita-cita budak ni sekrang. Harap-harap kalau dah jadi bapak genster pun janganlah buat dajal kat aku pulak.. :)

Taman ini sendiri sepanjang pengetahuan aku tidak pernah diadakan aktiviti penduduk. Eh, pelik ke kalau tak ada? Dah tentulah tidak. Berapa banyak sangat persatuan berasaskan taman perumahan yang ada di Malaysia hari ini? Yang terbaru pun persatuan penduduk Bukit Antarabangsa. Itupun selepas tanah bukit seolah menghalau mereka keluar dari kawasan tersebut. Kat sini, nak tunggu camtu baru nak ada persatuan penduduk kot? Paling kurang pun kalau tidak ada persatuan penduduk, diadakan jugalah aktiviti-aktiviti bersama. Teringat waktu di Puchong dahulu, aku waktu tu darjah 5 pernah anjurkan hari sukan untuk kawan-kawan. Hadiah pemenang tu aku ambik dari barang-barang yang ada kat rumah masa tu macam pensil box, pemadam, pensil dan sebagainya. Harta along pun ada gak terambik gak rasanya. Sedekah jela long :)

Sebenarnya topic ni sedikit sebanyak nak meluahkan betapa payahnya mewujudkan hubungan antara penduduk di Malaysia. Hubungan Melayu sama Melayu pun kadang agak dingin inikan pula untuk mewujudkan hubungan antara bangsa-bangsa. Lagi mudah sebenarya menjalinkan hubungan antarabangsa. Kenapa tak percaya? Cuba tanya menteri luar Malaysia. Eh korang tak tau ke siapa menteri luar Malaysia? ish, nak interview masuk gomen baru nak hafal la ni. Ish3.

Saturday, March 28, 2009

Main bola itu Judi?

5 April ni insya'Allah aku join pertandingan bolasepak 9 sebelah anjuran persatuan penduduk bukit sentosa.

Tapi yang menjadi masalah bagi aku ialah kena bayar yuran penyertaan. Bukan sebab takde duit nak bayar tapi sebab mengikut pembacaan aku terutamanya pandangan dari ustaz Zaharuddin yuran penyertaan tidak boleh digunakan untuk membeli hadiah. Ia dikira sebagai judi.

Rungsing jugak dibuatnya. Nama dah didaftarkan oleh Abang sepupuku (Abang Long). nak tarik diri macam tak best pulak. Tapi nak masuk pertandingan ni macam lagi tak best.

Jadi aku cuba juga melihat pandangan-pandangan ustaz lain seperti Ustaz mazlee malik (still waiting for his reply) dan cuba juga bertanya Kapten hafiz Firdaus (agak malang tak jumpa email beliau).

Kemudian terfikir juga nak menelefon penganjur pertandingan, nak tanya duit beli hadiah pertandingan dapat dari mana. kalau dari yuran peserta nak suruh derang consider balik (macam boleh je)..

Lepas dah macam nak putus asa je, jumpa balik link Ustaz Zaharuddin.. Memang hukumnya haram menggunakan wang penyertaan untuk membeli hadiah. Tapi rasanya aku baca tak habis. Apa yang dibolehkan menurut beliau ialah:

"Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja, manakala yang lain digunakan untuk kegunaan pentadbiran pertandingan"

erm.. Alhamdulillah.. Good info. =)

Monday, March 23, 2009

Nice words, ESQ..

PART 1



PART 2



PART 3

Wednesday, March 18, 2009

Kata-kata hikmah lagi.

"Masa dia susah cari kita, masa dah senang lupa member"

"hari tu aku dah tolong dia, bila aku nak mintak tolong balik punyalah susah.."

"Kerek gile mamat tu, kalau awek punya pasal laju je, kalau member mintak tolong payah gila"

Ha' kalau korang rasa-rasa ada pernah cakap camni, memang sesuai teruskan membaca story ni.. =)

------------------------------------------------------------------------------------
On d way drive balik. Macam biasa part-time job as a driver..

Hari ni macam tertarik skit nak dengar kata-kata sorang ustaz ni dalam program usrah kat radio IKIM. Ustaz ni mintak kita tanya balik diri sendiri kenapa dah solat 5 waktu pun masih tak lekang jugak diri kita dari membuat maksiat? (hurm.. memang terasa gakla)

Kemudian ustaz ni sambung lagi, kalau kita ingat 2 pekara dan lupakan 2 pekara nescaya ini tidak akan terjadi.

"Macam menarik je. Mende pekara-pekara tu?" getus hati kecilku yang tak sabar nak dengar selanjutnya

Ustaz tu kata lagi: "kalau nak hurai jadi panjang pulak. Mungkin kita boleh bincang untuk lain kali. Ini dah out of topic." kata ustaz tu sambil tergelak kecil.

"Aisey, bersambung la pulak.. Mende baik mane boleh buat sambung-sambung ustaz.." hatiku agak kecewa.

so, aku terus fokus kepada driving..

dah nak dekat-dekat sampai rumah dengar ustaz tu cakap "pekara yang kita patut lupakan ialah kebaikan kita pada Allah dan kebaikan kita pada Manusia"

"eh, ingat bersambung untuk minggu depan.. rupanya selepas ini je. Ya ampun" aku terkedu sambil frust sebab tak dengar pulak dua pekara yang patut kita ingat.

-------------------------------------------------------------------------------------

Apapun 2 points ni suatu yang agak menarik perhatian aku. Dua pekara ni kalau memang kita lupakan mungkin tak timbul soal 'ungkit mengungkit'.. yang paling penting perasaan ikhlas mungkin sentiasa bersama kita.

so, Lupakanlah kebaikan kita pada Allah..
Lupakanlah kebaikan kita pada Manusia..


Hurm, agak sukar gak nih..

Tuesday, March 17, 2009

Kata-kata Hikmah

"Kalaulah bongkak boleh menjadikan aku lebih yakin, aku lebih rela merendah diri biarpun keyakinan diri aku jatuh"
-Ibnu Zahr

Friday, March 13, 2009

Transformasi Bush - Obama

Tahniah adik Nur Madihah, 19A1, 1A2


Rumah Adik Nur Madihah di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Temuramah khas bersama adik Nur Madihah.

Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?

Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.

Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik.

Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 - RM700 sebulan.

Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?


Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.

Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?

Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami.

Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.

Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?

Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana.

Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.

-------------------------------------------------------------------------------------
Untuk makluman, walaupun adik Madihah mendapat bilangan A terbanyak dalam negara (20A), tetapi beliau tidak diiktiraf sebagai pelajar terbaik SPM negara kerana mempunyai 1A2. Pelajar terbaik negara untuk SPM 2008 mendapat 18A1.

PPSMI harus disokong?

Saya adalah antara individu yang menyokong perlaksanaan PPSMI. Bagi anda yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini, harap bersabar dan dapat menghabiskan pembacaan anda terlebih dahulu. Bagi yang turut menyokong, anda juga mungkin tidak sependapat dengan saya.

PPSMI amat menarik pemerhatian saya. Saya tergolong dalam ribuan graduan berbangsa melayu yang telah melalui sistem pembelajaran Sains & Teknologi dalam Bahasa Inggeris. Cuma bezanya saya merasai sistem ini sepenuhnya ketika 2 tahun berada di pusat matrikulasi dan 4 tahun diperingkat ijazah bioperubtan. Diperingkat menengah saya, PPSMI masih lagi diperingkat cadangan perlaksanaanya.

Antara sinopsis ringkas dari saya:

1. Adakah penguasaan Bahasa Melayu saya jatuh?

Ya, benar.

2. Adakah pembelajaran saya menjadi lebih sukar?
Ya, sudah tentu.

3. Apakah pandangan saya terhadap PPSMI?

Bagus untuk sistem yang kita gunapakai sekarang ini.

4. Apakaha pandangan saya terhadap pemansuahan PPSMI?
Bagus untuk melahirkan aplikasi Sains & Teknologi yang lebih menyeluruh.

Kalau diperhatikan sistem pembelajaran yang ada di Malaysia pada hari ini, bahasa Sains & teknologi adalah bahasa Inggeris.

Mengapa? Hasil pemerhatian kasar saya dan maklum balas rakan-rakan dari IPT lain, pembelajaran sains mereka juga kini mula menjurus kepada penggunaan bahasa inggeris sepenuhnya. Dan jika kita perhatikan senario sekarang, perjuangan menentang PPSMI sebenarnya adalah untuk pengajaran dan pembelajaran diperingkat menengah sahaja. Tidak pula kedengaran rancangan pemansuhan mahupun bantahan diperingkat IPT.

Dengan memikirkan fakta diatas, secara peribadi saya melihat PPSMI sebenarnya memberikan pendedahan yang baik untuk pelajar-pelajar yang bakal meneruskan kesinambungan pembelajaran di IPT. Pelajar-pelajar PPSMI seharusnya sudah didedahkan dengan teknik serta cara untuk menguasai sains & teknologi dalam bahasa inggeris dengan lebih baik.

Tambahan lagi, bahasa Sains dan Teknologi sekarang adalah Bahasa Inggeris. Sumber rujukan untuk S&T sudah tentu berdozen yang boleh diperolehi dalam bahasa inggeris jika dibandingkan dengan sumber asal dan terjemahan dalam bahasa melayu yang ada. Menguasai Bahasa Inggeris memberikan kelebihan kepada akses sumber rujukan ini dengan lebih cepat serta tepat.

Jika kita masih meneruskan sistem sebegini, tetapi PPSMI dimansuhkan. Langkah ini saya lihat seperti tindakan berundur selangkah kebelakang.

Apakah PPSMI akan berjaya memantapkan lagi penguasaan Sains & Teknologi? Secara peribadi saya melihat PPSMI memungkinkan penguasaan yang lebih baik dari segi teori sahaja, akan tetapi tidak dari segi aplikasi dan kemahiran inovatif. Jika ini berlaku, PPSMI masih dikira berjaya kerana matlamat asalnya adalah untuk menguasai ilmu. Dari segi produktiviti, kita mungkin tetap sama. Oleh itu tidak mustahil kesan dari sistem ini kita akan melihat ramai pendidik yang akan dilahirkan berbanding penghasilan produk-produk baru berteknologi tinggi berjenama negara.

Apa yang saya cuba rungkaikan diatas lebih berkait rapat dengan sistem pembelajaran Sains & Teknologi di Malaysia. Akan tetapi saya juga adalah pencinta bahasa ibunda. Hilanglah integriti melayu dalam diri saya jika bahasa ini tidak dipertahankan. Saya juga lebih rela melihat kejayaan dalam Sains & Teknologi negara dicapai dengan Bahasa Melayu dijadikan bahasa teras. Jika difikirkan dengan lebih teliti, inilah yang dikira sebagai kejayaan. Sokongan saya terhadap PPSMI hanyalah dengan mengambil kira sistem yang ada sekrang.

Saya antara jutaan mungkin rakyat Malaysia yang mahukan sistem ini diperhalusi semula. Jika PPSMI diperingkat pengajian rendah dimansuhkan, seharusnya pembelajaran ini diperingkat tinggi juga dimansuhkan. Dengan itu, seluruh IPTS dn IPTA menggunakan bahasa ibunda sahaja untuk Sains & Teknologi.

Saya sedar pasti ada ketakutan disana terutama dalam rancangan Malaysia menjadi hub pendidikan serantau. Akan tetapi negara Jepun dan Jerman telah membuktiakn bahasa meraka sendiri telah menguasai Sains & Teknologi malahan jauh kehadapan. Disni dapat dilihat, kualiti yang ditawarkan lebih menjadi daya tarikkan berbanding bahasa yang digunakan. Apa yang mewujudkan kualiti dalam Sains & Teknologi? Bagi saya dengan bahasa melayu dijadikan teras dalam setiap peringkat pembelajaran. Kerana itu kita melihat pelajar-pelajar Malaysia akan menguasai bahasa Jepun atau Jerman terlebih dahulu sebelum mereka dihantar keluar negara untuk meguasai teknologi negara-negara tersebut. Kita juga mampu.

Dari aspek aplikasi Sains & Teknologi, saya melihat penggunaan Bahasa Inggeris melahirkan suatu yang dinamakan sebagai 'keterbatasan sumber'. Maksud saya disini bagi rakyat Malaysia yang kurang penguasaan Bahasa Inggeris tetapi mempunyai bakat yang besaar dalam bidang Sains & Teknologi akan dinafikan peluang untuk menerokai bidang ini dengan lebig giat lagi.

Monday, March 9, 2009

Detik Pemergianmu..

Bagaimana bisa ku dampingimu Ya Arrasul,
Jika diri ini sentiasa ditenggelami noda dosa.

Wahai kekasih Allah,
Semulia manusia,
saiapakah diri ini disismu?
Siapakah diri ini ketika kau didampingi Abu Bakar,
ketika kau diiringi Ahlul badar,
dan ketika kau maraikan para syuhada'?

Ya Rasulullah,
Ya Habibullah,
Muhamudurrasulullah
Pandanglah aku dengan pandangan kasihmu,
Mogaku dituntun kenegeri abadi bersama syafaatmu,
Amin Ya Robbal Alamin


-Ibn Zahr

------------------------------------------------------------------------------------
Ayuh bersama menghayati saat terakhir Rasulullah ini. Moga-moga suara arrasul sentiasa bersama kita meskipun jasadnya sudah lama hilang dari muka bumi.

Saturday, March 7, 2009

A. Kugan dan Hospital Serdang



Kes A. Kugan.. Hampir 1 Malaysia sudah mengetahui tahanan lokap ni dilanyak teruk sebelum mayatnya diistihar sebagai kematian akibat paru-paru berair oleh pihak pentadbir Hospital Sedang. Kemudian menyusul bedah siasat kedua yang bercanggah dari hasil bedah siasat pertama. Menurut bedah siasat kedua, kematian mendiang adalah akibat daripada kegagalan buah pinggang (oleh pakar forensik di Pusat Perubatan Universiti Malaya).

Apa yang menarik minat aku? tindakan polis? punca kematian? Tidak.. Sebenarnya aku lebih berminat untuk mengenali Pakar Forensik yang telah menjalankan bedah siasat pertama di Hospital Serdang. Rasanya sudah lama semenjak kes ini menjadi bualan harian penduduk Malaysia aku cuba dapatkan informasi lanjut tetapi tidak berjaya. Muktahir kini barulah maklumat tersebut dihebahkan untuk pengetahuan umum.

Bukan apa, sekarang ni timbul pula isu baru. Ketua pengarah dan pakar forensik
Hospital Serdang yang terlibat akan didakwa di Makhamah atas tududhan memalsukan punca kematian. Sebelum ini tindakkan yang kita dengar dari pihak mendiang A. Kugan cuma melibatkan Polis Diraja malaysia. Jika ini berlaku pastinya pelbagai aspek akan diselidiki daripada SOP hinggalah kredibiliti pakar yang menjalankan bedah siasat, rekod dan saksi-saksi.

Bukan suatu yang pelik untuk aku selidiki maklumat ini. Sebabnya aku adalah salah seorang bekas pelatih (industrial training) di Jabatan Patologi Hospital Serdang. Hampir semua staf di Jabatan patologi sempat kukenali. Dari pegawai perubatan hinggalah kepada tukang bersih tandas disana. Aku juga pernah diberi ruang untuk mengikuti prosedur bedah siasat. Daripada proses klasifikasi kes yang melibatkan temuramah bersama ASP polis hinggalah kepada proses bedah siasat itu sendiri.

Dr. Abdul Karim. Pastinya orang yang cukup aku dan rakan pelatih lain kenali..

Thursday, March 5, 2009

Al-Kautsar -Jalan kesyurgamu (Astro Oasis)

Sinetron dari seberang ni aku tengok masa jadi demonstrator kat UIA Kuantan. Masa tu bulan puasa, citer ni stat kul 7 sampai kul 8pm. Jadi biasanya kalau main futsal petang-petang tu sebelum kul 7 mesti kena balik rumah dah. Hehe.

Biasanya sambil menunggu buka sambil layan cerita ni dengan ed. Waktu tu kat rumah sewa dah tak ramai. Kalau berbuka tu aku dengan ed jela yang tinggal.

Yang agak frust episod-episod terakhir aku tak sempat tengok sebab waktu tu dah ada kat kampung Penang. Pakcik nak Raya! :) Sebenarnya kat kampung ada je Astro, tapi maklumlah nak raya, aku pun kenalah buat-buat sebok.. :)

Yang aku suka cerita ni sebab watak utama; Kautsar diceritakan sebagai seorang yang baik hati. Dia ni takde perasaan nak berdendam dan nak hasad dengki dengan siapa-siapa. Selalu buat baik walaupun dengan orang yang memusuhi dia. Yang paling bagusnya Kautsar ni sentiasa bersangka baik dengan orang. Tu yang aku jadi emo kadang dengan dia, baik sangat sampai orang kenakan dia balik. In reality mungkin agak sukar nak cari orang macamni. Ye tak? :)

Sebenarnya aku cuba cari MP3 lagu ni kat internet untuk download. Tapi agak malang tak jumpa. Yang ada cuma video klip. Jadi, kalau ada siapa-siapa yang terjumpa bolehla cepat-cepat bagitau aku. Nanti aku belanja eskrim cornetto k.. :)

Wednesday, March 4, 2009

Ceramah Maulid Hari ke-8

Malam tadi hari ke-8 dari 12 hari yang dirancang kat surau rumah aku untuk sambutan Maulidurrasul tahun ni. Malam tadi Ustaz dari Melaka, mantan pensyarah syariah di UTM. Ustaz Anuar, dalam lingkungan 60 tahun.

Apa yang menarik tentang ustaz ni, cara penyampaian yang cukup tegas. Aku rasa macam dia tengah marah anak-anak dia je. Tapi at last dia explain balik yang nak membentuk hati manusia ni cukup susah dan keras. Sebab tu kena guna bahasa yang menggetarkan jiwa.

Antara isi menarik nak share:

1. Manusia adalah sangat mulia. Manusia bernama Adam telah Allah perintahkan malaikat sujud kepadanya. Bila lahir kedunia, rasulullah tunjukkan bagaimana mulianya manusia sehingga disambut dengan Aqiqah. Berat rambut ditimbang pula dengan harga emas.

2. Tapi agak menyedihkan bila manusia yang mulia ni tidak dibentuk dengan sebaiknya. Lebih buruk ada orang islam yang merempat dan mengemis, merendahkan taraf manusia.

3. Didalam Al-Quran Allah jelaskan proses kejadian manusia "step by step" dari simen hinggalah kepada fetus (Surah Al-Insan. Kenapa? Nak menunjukkan pembinaan manusia dari awal lagi dah teratur dan mengikut sistem yang Allah tetapkan. Maka akhirnya, lahirlah seorang manusia yang sempurna. Lihat apabila sistem ini diganggu, contohnya apabila seorang ibu mengambil ubat-ubatan yang tidak sepatutnya, anak yang dilahirkan besar kemungkinan tidak sempurna sifatnya (Teringat pernah belajar pasal ubat Thelidimide untuk miscarriages tapi sebabkan deformities pulak kat bayi)

4. Begitu halnya dengan manusia yang baru dilahirkan, proses pembentukkan perlu mengikut acuan yang telah digariskan oleh Allah. Kemudian barulah kita lihat lahirnya manusia yang sempurna diatas dunia. Kerana itulah diutuskan Nabi Muhamad untuk membimbing umat akhir zaman.

5. Akan tetapi Rasulullah tidaklah diutuskan untuk mengajar tentang ekonomi, pembangunan fizikal dan sebagainya. Semua tu Allah dah bagi ilham kepada manusia. Sebelum Rasulullah lahir pun dah ada bangsa yang cukup hebat dalam seni pembinaan.

6. Tujuan utama Rasulullah diutuskan adalah untuk membentuk manusia dengan acuan yang Allah dah sediakan. Acuan ini sudah cukup cantik dan khas untuk manusia. Tapi manusia ramai yang ragu-ragu serta ingkar.

7. Bagaimana caranya yang utama? Dengan menjaga Solat.

8. Perhatikan rukun Islam - Syahadah, Solat, Puasa, Zakat, Haji. Haji, puasa dan zakat masih diberikan kelonggaran. bagi yang mampu sahaja mengerjakanya. Tapi solat semua muslim wajib mengerjakan tidak kira dalam keadaan apa sekalipun (sakit, perang, dan sebagainya. Begitulah pentingya solat.

9. Solat yang baik kemudian pasti akan membentuk peribadi yang baik. Dari situ akan menghormati ibubapa, menjaga kebersihan diri dan sebagainya.

10. Dan ditekankan kriteria pasangan yang baik untuk melahirkan generasi manusia yang sempurna ini. Rasulullah bersabada, perempuan itu dipilih kerana 4 pekara.

a. Kecantikan
b. Harta
c. Keturunan
d. Agama.

tapi Rasulullah kata keutamaanya pilihla yang mempunyai agama.

Kata ustaz, lihat susunan yang Rasulullah berikan (cantik - harta - keturunan -agama) memang mengenai fitrah manusia. Manusia mesti nak pilih yang cantik-cantik dulu sebagai kriteria utama, dan biasa kita tengok kalau tak cantik pun, janji ada harta. Tapi sebenarnya yang ada agamalah tunjang untuk melahirkan keluarga yang bahagia serta anak-anak yang baik.

------------------------------------------------------------------------------------
Ceramah kali ni dapat bihun.. :)