Saturday, February 14, 2009

Aku dan kerja.

Alamdulillah bekat kesabaran selama ini menunggu peluang pekerjaan yang dekat dihatiku, aku akhirnya diterima bekerja disebuah bengkel mengecat kenderaan; WAIZEK AUTO SDN. BHD.

Ringkasan kerjaku:

  • 10 pagi masuk kerja.
  • Gosok mati cat kereta dengan kertas pasir 1500.
  • kenal pasti lubang-lubnag untuk ditampal dengan simen.
  • Pemasangan semula panel-panel kereta yangtelah dicabut.
  • Wiring bahagian kereta yang bermasalah.
  • Touch-Up cat pada bahagian-bahagian yang tidak kena cat.
  • Membaiki atau memodifikasikan bahagian-bahagian yang rosak.
Kerja ini memerlukan ketabahan. Mana tidaknya, biasa habis malam. Kadang jam 4pagi baru boleh masuk kamar tido. Apapun aku bersyukur, aku dibayar RM100 untuk sebuah kereta.

Journey to the south..

Seperti yang tidak dirancang pada awalnya kerana menurutkan kehendak perancangan saat-saat akhir, perjalanan ke selatan berjaya disempurankan walaupun berhadapan sedikit kepayahan. Alhamdulillah.

Perjalanan dimulakan dengan aku mencuci kereta Proton Iswara Putih BGE1001, 1.5 NGV yang menjadi kenderaan rasmi adiku. Walaupun agak terkilan tidak dapat membawa WDQ4061 desebabkan memikirkan faktor bebanan minyak, namun perjalanan tetap meriah disebabkan penjimatan minyak tahap maksimum yang dialami. Tidak dilupakan lampu signal yang tercabut dikala mencuci kereta dalam kekabutan dipagi hari sabtu tersebut.

Kemudian diteruskan dengan "meeting point" dia UIA, Gombak. Suatu yang anda perlu tabahakn hati bila melalui mana-mana aktiviti adalah kesetiaan, kesefahaman dan sebagainya. Pada saat-saat akhir, seorang dari kami telah membatalkan hasrat untuk menyertai perjalanan ini, tetapi tanpa disangka diganti pula dengan seorang yang lain. Maka, bermula perjalanan dari gombak bersama cBob, cAbe dan ced. cNapi memerlukan perhatian khas, jadi kami terpaksa kerumah beliau untuk meneruskan kesinambungan perjalanan ini.

Hentian pertama kenduri kahwin ialah Melaka; dekat bandar Melaka. Rabiatul Adawiayyah@Rubi dari bioteknologi selamat menjamukan kami denagan lauk pauk melako dan air yang sampai sekarang kami tidak dapat mengenalpasti jenisnya. Disana, ramai juga kawan dari UIA yang aku tak sangka-sangka boleh jumpa macam Lutfi, Masyu, Feroz, Aminah dan lain-lain. Akan tetapi Mr Poyo; Tuan Carcaol tidak pula kelihatan walaupun beliau sebenarnya orang yang bersemangat mencari populariti dalam hal-hal begini.

Hentian pertama pastinya cabaran bagiku. 2/3 dari kami (kira-kira 3 orang) tiba-tiba agak keberatan untuk meneruskan perjalanan ke Johor. Ini masalah!

Akan tetapi dengan ilmu pujukan, akhirnya mereka akur dengan kehendak objektif perjalanan ini. "Apakah kalian mahu menyerah kalah sebelum bertarung?" analogi dariku.

Maka, sesampai di Jb kami telah dibawa oleh pemandu pelancong disana, Cik Norizam Salamt kerumah pengantin, Shahrani @ Mr Gaban. kemuadian sedikit masa dihabiskan di Danga Bay untuk berjalan-jalan melihat keseronokan teknolgi manusia.

Balik kami singgah bermalam dirumah Fais @ Mr AwauMath.

Kemudian, apabila Manchester united berjaya membolosi 1 gol pihak lawan, kami memutuskan untuk pulang ke Gombak.