Saturday, March 28, 2009

Main bola itu Judi?

5 April ni insya'Allah aku join pertandingan bolasepak 9 sebelah anjuran persatuan penduduk bukit sentosa.

Tapi yang menjadi masalah bagi aku ialah kena bayar yuran penyertaan. Bukan sebab takde duit nak bayar tapi sebab mengikut pembacaan aku terutamanya pandangan dari ustaz Zaharuddin yuran penyertaan tidak boleh digunakan untuk membeli hadiah. Ia dikira sebagai judi.

Rungsing jugak dibuatnya. Nama dah didaftarkan oleh Abang sepupuku (Abang Long). nak tarik diri macam tak best pulak. Tapi nak masuk pertandingan ni macam lagi tak best.

Jadi aku cuba juga melihat pandangan-pandangan ustaz lain seperti Ustaz mazlee malik (still waiting for his reply) dan cuba juga bertanya Kapten hafiz Firdaus (agak malang tak jumpa email beliau).

Kemudian terfikir juga nak menelefon penganjur pertandingan, nak tanya duit beli hadiah pertandingan dapat dari mana. kalau dari yuran peserta nak suruh derang consider balik (macam boleh je)..

Lepas dah macam nak putus asa je, jumpa balik link Ustaz Zaharuddin.. Memang hukumnya haram menggunakan wang penyertaan untuk membeli hadiah. Tapi rasanya aku baca tak habis. Apa yang dibolehkan menurut beliau ialah:

"Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja, manakala yang lain digunakan untuk kegunaan pentadbiran pertandingan"

erm.. Alhamdulillah.. Good info. =)

Monday, March 23, 2009

Nice words, ESQ..

PART 1



PART 2



PART 3

Wednesday, March 18, 2009

Kata-kata hikmah lagi.

"Masa dia susah cari kita, masa dah senang lupa member"

"hari tu aku dah tolong dia, bila aku nak mintak tolong balik punyalah susah.."

"Kerek gile mamat tu, kalau awek punya pasal laju je, kalau member mintak tolong payah gila"

Ha' kalau korang rasa-rasa ada pernah cakap camni, memang sesuai teruskan membaca story ni.. =)

------------------------------------------------------------------------------------
On d way drive balik. Macam biasa part-time job as a driver..

Hari ni macam tertarik skit nak dengar kata-kata sorang ustaz ni dalam program usrah kat radio IKIM. Ustaz ni mintak kita tanya balik diri sendiri kenapa dah solat 5 waktu pun masih tak lekang jugak diri kita dari membuat maksiat? (hurm.. memang terasa gakla)

Kemudian ustaz ni sambung lagi, kalau kita ingat 2 pekara dan lupakan 2 pekara nescaya ini tidak akan terjadi.

"Macam menarik je. Mende pekara-pekara tu?" getus hati kecilku yang tak sabar nak dengar selanjutnya

Ustaz tu kata lagi: "kalau nak hurai jadi panjang pulak. Mungkin kita boleh bincang untuk lain kali. Ini dah out of topic." kata ustaz tu sambil tergelak kecil.

"Aisey, bersambung la pulak.. Mende baik mane boleh buat sambung-sambung ustaz.." hatiku agak kecewa.

so, aku terus fokus kepada driving..

dah nak dekat-dekat sampai rumah dengar ustaz tu cakap "pekara yang kita patut lupakan ialah kebaikan kita pada Allah dan kebaikan kita pada Manusia"

"eh, ingat bersambung untuk minggu depan.. rupanya selepas ini je. Ya ampun" aku terkedu sambil frust sebab tak dengar pulak dua pekara yang patut kita ingat.

-------------------------------------------------------------------------------------

Apapun 2 points ni suatu yang agak menarik perhatian aku. Dua pekara ni kalau memang kita lupakan mungkin tak timbul soal 'ungkit mengungkit'.. yang paling penting perasaan ikhlas mungkin sentiasa bersama kita.

so, Lupakanlah kebaikan kita pada Allah..
Lupakanlah kebaikan kita pada Manusia..


Hurm, agak sukar gak nih..

Tuesday, March 17, 2009

Kata-kata Hikmah

"Kalaulah bongkak boleh menjadikan aku lebih yakin, aku lebih rela merendah diri biarpun keyakinan diri aku jatuh"
-Ibnu Zahr

Friday, March 13, 2009

Transformasi Bush - Obama

Tahniah adik Nur Madihah, 19A1, 1A2


Rumah Adik Nur Madihah di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Temuramah khas bersama adik Nur Madihah.

Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?

Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.

Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik.

Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 - RM700 sebulan.

Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?


Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.

Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?

Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami.

Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.

Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?

Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana.

Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.

-------------------------------------------------------------------------------------
Untuk makluman, walaupun adik Madihah mendapat bilangan A terbanyak dalam negara (20A), tetapi beliau tidak diiktiraf sebagai pelajar terbaik SPM negara kerana mempunyai 1A2. Pelajar terbaik negara untuk SPM 2008 mendapat 18A1.

PPSMI harus disokong?

Saya adalah antara individu yang menyokong perlaksanaan PPSMI. Bagi anda yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini, harap bersabar dan dapat menghabiskan pembacaan anda terlebih dahulu. Bagi yang turut menyokong, anda juga mungkin tidak sependapat dengan saya.

PPSMI amat menarik pemerhatian saya. Saya tergolong dalam ribuan graduan berbangsa melayu yang telah melalui sistem pembelajaran Sains & Teknologi dalam Bahasa Inggeris. Cuma bezanya saya merasai sistem ini sepenuhnya ketika 2 tahun berada di pusat matrikulasi dan 4 tahun diperingkat ijazah bioperubtan. Diperingkat menengah saya, PPSMI masih lagi diperingkat cadangan perlaksanaanya.

Antara sinopsis ringkas dari saya:

1. Adakah penguasaan Bahasa Melayu saya jatuh?

Ya, benar.

2. Adakah pembelajaran saya menjadi lebih sukar?
Ya, sudah tentu.

3. Apakah pandangan saya terhadap PPSMI?

Bagus untuk sistem yang kita gunapakai sekarang ini.

4. Apakaha pandangan saya terhadap pemansuahan PPSMI?
Bagus untuk melahirkan aplikasi Sains & Teknologi yang lebih menyeluruh.

Kalau diperhatikan sistem pembelajaran yang ada di Malaysia pada hari ini, bahasa Sains & teknologi adalah bahasa Inggeris.

Mengapa? Hasil pemerhatian kasar saya dan maklum balas rakan-rakan dari IPT lain, pembelajaran sains mereka juga kini mula menjurus kepada penggunaan bahasa inggeris sepenuhnya. Dan jika kita perhatikan senario sekarang, perjuangan menentang PPSMI sebenarnya adalah untuk pengajaran dan pembelajaran diperingkat menengah sahaja. Tidak pula kedengaran rancangan pemansuhan mahupun bantahan diperingkat IPT.

Dengan memikirkan fakta diatas, secara peribadi saya melihat PPSMI sebenarnya memberikan pendedahan yang baik untuk pelajar-pelajar yang bakal meneruskan kesinambungan pembelajaran di IPT. Pelajar-pelajar PPSMI seharusnya sudah didedahkan dengan teknik serta cara untuk menguasai sains & teknologi dalam bahasa inggeris dengan lebih baik.

Tambahan lagi, bahasa Sains dan Teknologi sekarang adalah Bahasa Inggeris. Sumber rujukan untuk S&T sudah tentu berdozen yang boleh diperolehi dalam bahasa inggeris jika dibandingkan dengan sumber asal dan terjemahan dalam bahasa melayu yang ada. Menguasai Bahasa Inggeris memberikan kelebihan kepada akses sumber rujukan ini dengan lebih cepat serta tepat.

Jika kita masih meneruskan sistem sebegini, tetapi PPSMI dimansuhkan. Langkah ini saya lihat seperti tindakan berundur selangkah kebelakang.

Apakah PPSMI akan berjaya memantapkan lagi penguasaan Sains & Teknologi? Secara peribadi saya melihat PPSMI memungkinkan penguasaan yang lebih baik dari segi teori sahaja, akan tetapi tidak dari segi aplikasi dan kemahiran inovatif. Jika ini berlaku, PPSMI masih dikira berjaya kerana matlamat asalnya adalah untuk menguasai ilmu. Dari segi produktiviti, kita mungkin tetap sama. Oleh itu tidak mustahil kesan dari sistem ini kita akan melihat ramai pendidik yang akan dilahirkan berbanding penghasilan produk-produk baru berteknologi tinggi berjenama negara.

Apa yang saya cuba rungkaikan diatas lebih berkait rapat dengan sistem pembelajaran Sains & Teknologi di Malaysia. Akan tetapi saya juga adalah pencinta bahasa ibunda. Hilanglah integriti melayu dalam diri saya jika bahasa ini tidak dipertahankan. Saya juga lebih rela melihat kejayaan dalam Sains & Teknologi negara dicapai dengan Bahasa Melayu dijadikan bahasa teras. Jika difikirkan dengan lebih teliti, inilah yang dikira sebagai kejayaan. Sokongan saya terhadap PPSMI hanyalah dengan mengambil kira sistem yang ada sekrang.

Saya antara jutaan mungkin rakyat Malaysia yang mahukan sistem ini diperhalusi semula. Jika PPSMI diperingkat pengajian rendah dimansuhkan, seharusnya pembelajaran ini diperingkat tinggi juga dimansuhkan. Dengan itu, seluruh IPTS dn IPTA menggunakan bahasa ibunda sahaja untuk Sains & Teknologi.

Saya sedar pasti ada ketakutan disana terutama dalam rancangan Malaysia menjadi hub pendidikan serantau. Akan tetapi negara Jepun dan Jerman telah membuktiakn bahasa meraka sendiri telah menguasai Sains & Teknologi malahan jauh kehadapan. Disni dapat dilihat, kualiti yang ditawarkan lebih menjadi daya tarikkan berbanding bahasa yang digunakan. Apa yang mewujudkan kualiti dalam Sains & Teknologi? Bagi saya dengan bahasa melayu dijadikan teras dalam setiap peringkat pembelajaran. Kerana itu kita melihat pelajar-pelajar Malaysia akan menguasai bahasa Jepun atau Jerman terlebih dahulu sebelum mereka dihantar keluar negara untuk meguasai teknologi negara-negara tersebut. Kita juga mampu.

Dari aspek aplikasi Sains & Teknologi, saya melihat penggunaan Bahasa Inggeris melahirkan suatu yang dinamakan sebagai 'keterbatasan sumber'. Maksud saya disini bagi rakyat Malaysia yang kurang penguasaan Bahasa Inggeris tetapi mempunyai bakat yang besaar dalam bidang Sains & Teknologi akan dinafikan peluang untuk menerokai bidang ini dengan lebig giat lagi.

Monday, March 9, 2009

Detik Pemergianmu..

Bagaimana bisa ku dampingimu Ya Arrasul,
Jika diri ini sentiasa ditenggelami noda dosa.

Wahai kekasih Allah,
Semulia manusia,
saiapakah diri ini disismu?
Siapakah diri ini ketika kau didampingi Abu Bakar,
ketika kau diiringi Ahlul badar,
dan ketika kau maraikan para syuhada'?

Ya Rasulullah,
Ya Habibullah,
Muhamudurrasulullah
Pandanglah aku dengan pandangan kasihmu,
Mogaku dituntun kenegeri abadi bersama syafaatmu,
Amin Ya Robbal Alamin


-Ibn Zahr

------------------------------------------------------------------------------------
Ayuh bersama menghayati saat terakhir Rasulullah ini. Moga-moga suara arrasul sentiasa bersama kita meskipun jasadnya sudah lama hilang dari muka bumi.

Saturday, March 7, 2009

A. Kugan dan Hospital Serdang



Kes A. Kugan.. Hampir 1 Malaysia sudah mengetahui tahanan lokap ni dilanyak teruk sebelum mayatnya diistihar sebagai kematian akibat paru-paru berair oleh pihak pentadbir Hospital Sedang. Kemudian menyusul bedah siasat kedua yang bercanggah dari hasil bedah siasat pertama. Menurut bedah siasat kedua, kematian mendiang adalah akibat daripada kegagalan buah pinggang (oleh pakar forensik di Pusat Perubatan Universiti Malaya).

Apa yang menarik minat aku? tindakan polis? punca kematian? Tidak.. Sebenarnya aku lebih berminat untuk mengenali Pakar Forensik yang telah menjalankan bedah siasat pertama di Hospital Serdang. Rasanya sudah lama semenjak kes ini menjadi bualan harian penduduk Malaysia aku cuba dapatkan informasi lanjut tetapi tidak berjaya. Muktahir kini barulah maklumat tersebut dihebahkan untuk pengetahuan umum.

Bukan apa, sekarang ni timbul pula isu baru. Ketua pengarah dan pakar forensik
Hospital Serdang yang terlibat akan didakwa di Makhamah atas tududhan memalsukan punca kematian. Sebelum ini tindakkan yang kita dengar dari pihak mendiang A. Kugan cuma melibatkan Polis Diraja malaysia. Jika ini berlaku pastinya pelbagai aspek akan diselidiki daripada SOP hinggalah kredibiliti pakar yang menjalankan bedah siasat, rekod dan saksi-saksi.

Bukan suatu yang pelik untuk aku selidiki maklumat ini. Sebabnya aku adalah salah seorang bekas pelatih (industrial training) di Jabatan Patologi Hospital Serdang. Hampir semua staf di Jabatan patologi sempat kukenali. Dari pegawai perubatan hinggalah kepada tukang bersih tandas disana. Aku juga pernah diberi ruang untuk mengikuti prosedur bedah siasat. Daripada proses klasifikasi kes yang melibatkan temuramah bersama ASP polis hinggalah kepada proses bedah siasat itu sendiri.

Dr. Abdul Karim. Pastinya orang yang cukup aku dan rakan pelatih lain kenali..

Thursday, March 5, 2009

Al-Kautsar -Jalan kesyurgamu (Astro Oasis)

Sinetron dari seberang ni aku tengok masa jadi demonstrator kat UIA Kuantan. Masa tu bulan puasa, citer ni stat kul 7 sampai kul 8pm. Jadi biasanya kalau main futsal petang-petang tu sebelum kul 7 mesti kena balik rumah dah. Hehe.

Biasanya sambil menunggu buka sambil layan cerita ni dengan ed. Waktu tu kat rumah sewa dah tak ramai. Kalau berbuka tu aku dengan ed jela yang tinggal.

Yang agak frust episod-episod terakhir aku tak sempat tengok sebab waktu tu dah ada kat kampung Penang. Pakcik nak Raya! :) Sebenarnya kat kampung ada je Astro, tapi maklumlah nak raya, aku pun kenalah buat-buat sebok.. :)

Yang aku suka cerita ni sebab watak utama; Kautsar diceritakan sebagai seorang yang baik hati. Dia ni takde perasaan nak berdendam dan nak hasad dengki dengan siapa-siapa. Selalu buat baik walaupun dengan orang yang memusuhi dia. Yang paling bagusnya Kautsar ni sentiasa bersangka baik dengan orang. Tu yang aku jadi emo kadang dengan dia, baik sangat sampai orang kenakan dia balik. In reality mungkin agak sukar nak cari orang macamni. Ye tak? :)

Sebenarnya aku cuba cari MP3 lagu ni kat internet untuk download. Tapi agak malang tak jumpa. Yang ada cuma video klip. Jadi, kalau ada siapa-siapa yang terjumpa bolehla cepat-cepat bagitau aku. Nanti aku belanja eskrim cornetto k.. :)

Wednesday, March 4, 2009

Ceramah Maulid Hari ke-8

Malam tadi hari ke-8 dari 12 hari yang dirancang kat surau rumah aku untuk sambutan Maulidurrasul tahun ni. Malam tadi Ustaz dari Melaka, mantan pensyarah syariah di UTM. Ustaz Anuar, dalam lingkungan 60 tahun.

Apa yang menarik tentang ustaz ni, cara penyampaian yang cukup tegas. Aku rasa macam dia tengah marah anak-anak dia je. Tapi at last dia explain balik yang nak membentuk hati manusia ni cukup susah dan keras. Sebab tu kena guna bahasa yang menggetarkan jiwa.

Antara isi menarik nak share:

1. Manusia adalah sangat mulia. Manusia bernama Adam telah Allah perintahkan malaikat sujud kepadanya. Bila lahir kedunia, rasulullah tunjukkan bagaimana mulianya manusia sehingga disambut dengan Aqiqah. Berat rambut ditimbang pula dengan harga emas.

2. Tapi agak menyedihkan bila manusia yang mulia ni tidak dibentuk dengan sebaiknya. Lebih buruk ada orang islam yang merempat dan mengemis, merendahkan taraf manusia.

3. Didalam Al-Quran Allah jelaskan proses kejadian manusia "step by step" dari simen hinggalah kepada fetus (Surah Al-Insan. Kenapa? Nak menunjukkan pembinaan manusia dari awal lagi dah teratur dan mengikut sistem yang Allah tetapkan. Maka akhirnya, lahirlah seorang manusia yang sempurna. Lihat apabila sistem ini diganggu, contohnya apabila seorang ibu mengambil ubat-ubatan yang tidak sepatutnya, anak yang dilahirkan besar kemungkinan tidak sempurna sifatnya (Teringat pernah belajar pasal ubat Thelidimide untuk miscarriages tapi sebabkan deformities pulak kat bayi)

4. Begitu halnya dengan manusia yang baru dilahirkan, proses pembentukkan perlu mengikut acuan yang telah digariskan oleh Allah. Kemudian barulah kita lihat lahirnya manusia yang sempurna diatas dunia. Kerana itulah diutuskan Nabi Muhamad untuk membimbing umat akhir zaman.

5. Akan tetapi Rasulullah tidaklah diutuskan untuk mengajar tentang ekonomi, pembangunan fizikal dan sebagainya. Semua tu Allah dah bagi ilham kepada manusia. Sebelum Rasulullah lahir pun dah ada bangsa yang cukup hebat dalam seni pembinaan.

6. Tujuan utama Rasulullah diutuskan adalah untuk membentuk manusia dengan acuan yang Allah dah sediakan. Acuan ini sudah cukup cantik dan khas untuk manusia. Tapi manusia ramai yang ragu-ragu serta ingkar.

7. Bagaimana caranya yang utama? Dengan menjaga Solat.

8. Perhatikan rukun Islam - Syahadah, Solat, Puasa, Zakat, Haji. Haji, puasa dan zakat masih diberikan kelonggaran. bagi yang mampu sahaja mengerjakanya. Tapi solat semua muslim wajib mengerjakan tidak kira dalam keadaan apa sekalipun (sakit, perang, dan sebagainya. Begitulah pentingya solat.

9. Solat yang baik kemudian pasti akan membentuk peribadi yang baik. Dari situ akan menghormati ibubapa, menjaga kebersihan diri dan sebagainya.

10. Dan ditekankan kriteria pasangan yang baik untuk melahirkan generasi manusia yang sempurna ini. Rasulullah bersabada, perempuan itu dipilih kerana 4 pekara.

a. Kecantikan
b. Harta
c. Keturunan
d. Agama.

tapi Rasulullah kata keutamaanya pilihla yang mempunyai agama.

Kata ustaz, lihat susunan yang Rasulullah berikan (cantik - harta - keturunan -agama) memang mengenai fitrah manusia. Manusia mesti nak pilih yang cantik-cantik dulu sebagai kriteria utama, dan biasa kita tengok kalau tak cantik pun, janji ada harta. Tapi sebenarnya yang ada agamalah tunjang untuk melahirkan keluarga yang bahagia serta anak-anak yang baik.

------------------------------------------------------------------------------------
Ceramah kali ni dapat bihun.. :)

Save Gaza - Mu'adz in Baitul Maqdis

A very nice and meaningful song..
I would like to dedicate this song for our hearts.


Tuesday, March 3, 2009

Larangan meminang wanita dalam idah

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Al-Alusi berkata dalam Ruh al-Ma’ani: Wahai lelaki yang ingin berkahwin, sama ada dengan cara jelas kenyataannya atau secara sindiran, apatah lagi yang membabitkan perempuan yang dalam keadaan idah, maka di sana ada hukum yang dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t.

Alah berfirman: Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka).

Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan.

Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (al-Baqarah: 235)

Firman Allah: Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka).

Sonhaji berkata: Jika seseorang itu hendak meminang janda yang masih dalam idahnya, janganlah pinangan itu dikemukakan kepadanya secara berterus-terang.

Namun, hendaklah dengan sindiran, bayangan ataupun isyarat sahaja, misalnya ia berkata: “Puan ini seorang yang cantik rupanya dan solehah pula orangnya, sedang saya berazam benar hendak berumahtangga, semoga Allah memudahkan saya memperoleh perempuan yang solehah.”

Lain-lain misal ialah menggunakan gaya bahasa yang tidak tepat tetapi sopan. Ataupun dengan menyembunyikan hasrat yang ada dalam hati – tiada dilahirkannya dengan rangkaian kata-kata – hanya dilakukan misalnya dengan melawat-lawat ke rumahnya, atau memberi salam ataupun memberikan suatu hadiah kepadanya.

Ibn al-Arabi berkata: Tafsiran sindiran itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian pokok iaitu:

* Menyebutkan kepada wali dengan kata: “Janganlah kamu dahuluiku terhadapnya.”

* Menyebutkan perkara itu kepada wanita tersebut tanpa orang tengah. Jika perkara itu disebutkan sendiri kepada wanita tersebut, maka ada tujuh bentuk kata-kata yang diucapkan :

Lelaki berkata kepada wanita itu: Aku ingin berkahwin.

“Jangan dahulukan dirimu daripadaku.” Dikatakan oleh Ibn Abbas,

“Kamu ini cantik dan saya memang perlukan wanita, dan Allah meletakkan kebaikan kepada anda.

“Kamu memang laris.” Dikatakan oleh Ibn al-Qasim.

“Aku ada hajat, terimalah berita gembira bahawa kamu ini laris.” Wanita itu boleh menjawab: “Aku telah dengar apa yang kamu katakan. Dia tidak boleh menambah sesuatu selain itu.” Dikatakan oleh Atta’.

Diberikan hadiah kepada wanita itu. Dikatakan oleh Ibrahim, jika biasanya lelaki itu memberikan hadiah.

Diberikan hadiah tetapi jangan diambil janjinya. Dikatakan oleh al-Sya’bi.

Firman Allah: Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu.

Sonhaji berkata: Allah mengetahui akan hasrat hati seorang terhadap perempuan yang hendak dipinangnya, tiadalah ia menjadi larangan. Yang dilarang ialah berjanji kepada perempuan itu hendak mengahwininya, kecuali jika membahasakan dengan cara yang patut iaitu dengan memberitahukan walinya, dan mengemukakan pinangannya itu setelah selesai idahnya.

Maksud rahsia atau sulit yang disebut oleh ayat ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn al-Arabi: Kamu dilarang daripada berterus terang untuk berkahwin dan melakukan akad nikah, tetapi kamu dibenarkan menyebutnya secara sindiran. Oleh itu, apabila kamu menyebutkannya secara sindiran, maka jaga-jagalah jangan sampai kamu membuat janji untuk berkahwin semasa waktu kamu dilarang melakukan akad kahwin dengan mereka.

Para ulama berselisih pendapat tentang rahsia/ sulit yang disebutkan dalam ayat ini. Ada tiga pendapat tentangnya:

* Ia bermaksud zina.

* Ia bermaksud persetubuhan.

* Ia bermaksud menyatakan secara terus terang.

Al-Tabarani memilih pendapat yang mengatakan ia bermaksud zina berdasarkan kata-kata A’sya yang bermaksud:

Jangan kamu hampiri si gadis kerana rahsianya haram ke atas kamu, maka kahwinilah dia atau pencilkan diri.

Perkataan al-Sir (rahsia / sulit) dari sudut bahasa mempunyai banyak pengertian.

Bicara yang diucapkan secara rahsia dan disembunyikan apa yang terselindung.

* Sir al-Wadi (tebing lembah).

* Sir al-Syai’ (yang terbaik).

* Zina.

* Persetubuhan.

* Faraj wanita.

* Sir al-Shahr (malam-malam yang tidak kelihatan bulan sabit)

Kesemua pengertian ini ada yang boleh dipadankan antara satu sama lain, di mana maksud yang merangkumi semua pengertian itu ialah ‘tersembunyi’. Maksud ini adakalanya umum kepada sesuatu dan adakalanya khusus kepada yang lain.

Perhatikan perkataan yang bermaksud yang terbaik kerana ia tersembunyi dan terpelihara. Perkataan yang bermaksud tebing lembah kerana tebing itulah yang paling elok, kerana keindahan lembah itu hanya dapat dinikmati apabila kita duduk di atas tebingnya bukan di dalam lembahnya. Kerana itulah dinamakan Surriyyah (perempuan simpanan/khadam wanita) kerana dia diambil untuk tujuan persetubuhan.

Perkataan khadam (bagi wanita) digunakan untuk mereka yang diambil untuk bekerja dan disetubuhi. Wanita yang diambil untuk tujuan disetubuhi dipanggil surriyyah yang berakar kata daripada perkataan surur (seronok). Kerana itulah juga faraj wanita dinamakan sir kerana ia adalah tempat untuk berseronok.

Dalam konteks ayat ini, ia bermaksud: Jangan kamu membuat janji kepada mereka untuk bernikah atau bersetubuh, kerana ia merupakan janji yang diharamkan kepada kamu semasa dalam idah, disebabkan mereka diharamkan berkahwin semasa dalam idah sampai waktu tertentu, maka diharamkan juga membuat janji semasa dalam idah itu.

Firman Allah: Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaan-Nya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun, yakni tiada menyegerakan seksa-Nya kepada orang yang derhaka kepada-Nya, bahkan dengan adanya sifat penyantun itu, ditutupi-Nya kesalahan hamba-Nya.

Iktibar Ayat

- Tidak boleh meminang seseorang perempuan dalam idah.

- Berkahwin semasa idah kemudian bersekedudukan hendaklah difasakh dan tidak berkahwin selamanya. Inilah pendapat Malik, Ahmad dan al-Sya’bi.

- Islam menggalakkan perkahwinan tetapi mengikut adab dan syarat-syaratnya.

Ceramah Maulid Rasul 3 Mac 2009

Oleh,
Ustaz Khairul, 21 tahun.
Mudir Ma'ahad Pengkalan Chepa,
Pendidikan: Syiria, Qiraat & Sanad Yaman.
Berkahwin (Usia perkahwinan 1 bulan 3 hari)
Tempat : Surau Rumahku.

Isi menarik:

1. Menutup aurat itu sudah dikira sunnah, tak semestinya memakai jubah sahaja. Tapi betapa ramainya yang sukar mengikut sunnah ini.

2. Orang yang tidak bersolat berjemaah apabila mendengar azan dilaungkan, Rasulullah pernah mengancam untuk membakar rumah mereka.

3. Orang yang tak bersolat pula boleh diibaratkan seperti lembu moden. Dalam Quran sendiri Allah gambarkan mereka-mereka yang ingkar ini seperti binatang, bahkan lebih teruk dari binatang.

4. Kehebatan ayat Al-Quran dengan susunan dan pengertian yang jelas, keindahan bait-bait ayat sehinggakan Abu Jahal sendiri suka mendengarnya. Akan tetapi manusia sekarang jauh dari Al-Quran dan dekat pula dengan lagu-lagu barat seperti Michael Jackson. Kata Ustaz, di Australia lagu Michael Jakcson dipasang untuk menghalau Khinzir masuk kedalam kandang. Tapi kita, makin dipasang makin datang.

-------------------------------------------------------------------------------------
Balik dapat nasik lemak sebungkus.. :)

Monday, March 2, 2009

Stress

Working and stress is an unbreakable thing. We might consider work stress as a workload but some might suffer the stress due to the 'perfectioned working behavior'.

In the course of my work, I have experienced both of these stress' stimulators and it’s inevitably to take place

Job as a lab Demonstrator always required me to stay over the regular time. It’s normal to finish 3-4am in the morning preparing for the Lab session. But as far as I concern, the stress is not regularly catch me up. Why? might because I was trained and prepared for this industry and I just considered this simply as a workload. Basically, I have to get done my work and it all come to an end without much disputed. (I dunno whether my lecturers would love to share the same view with me ^_^ ).

But now being part in the automotive industry really pressing me with the so called 'work perfection'. Being instructed with multitasking works, facing customers' satisfactory, time frame, doing management stuff and unwanted incident (my interviewer called it occupational hazard but i just keep it silent with my disagreement) are really the STRESS. In fact it is really a big stress and worst I have suffered a sudden ulcer attack. Why? because i found that this isn't my field of expertise and it take quite times to develop my skill.

Whatever...

I learn that SINCERITY is the best way of eliminating this stress. Sincerity will brings good effort and the sincerity is the best remedy for my under achievement.

the effect of stress on our body:


Release our stress with ice-cream..