Saturday, September 3, 2011

Perlumbaan Ucapan Selamat Hari Raya



Assalamualaikum Warahmatullah.


Selamat Menyambut Hari Raya Idul Fitri, Minal aidin WalFaizin.


Lama sungguh kiranya tak menitipkan sebarang peristiwa dalam laman ini. Setiap kali terlintas untuk merakamkan sesuatu pasti halangan utama adalah hilangnya sumber dan inspirasi.


Kesempatan malam ini rasanya cukup hebat untuk bersantai-santai dan mencoretkan kembali sedikit pandangan atas kejadian-kejadian disekeliling. Setiap kita penuh dengan warna-warni.


Hebatnya malam ini kerana Yang Maha Penguasa memberikan kesempatan untuk bermalam diatas sebuah bukit bersama-sama kelurga dalam heningnya malam. Ditemani cahaya bersumberkan mesin Genset, dikawal haiwan yang ditinta didalam AL-Quran sebagai teman Ashabul Kahfi, disinilah kami malam ini di Kebun Kuala Kelawang, Negeri Sembilan. Disini inspirasi seakan berputik sedikit kembali.


Suasana luar pondok yang Gelap Gulita


Tn Hj Yusuff (Ayahnda) & Tn Hj Sanullah (Si Penjaga Kebun Budiman).

Malam ini cukup damai dan tenang ini selepas hujan renyai singgah sebentar pada sebelah petang tadi. Sapaan katak yang tidak henti-henti mungkin secara kebetulan kurang pula siulan kawanan nyamuk di pondok ini. Terima Kasih atas nikmatmu wahai Yang Maha Menciptakan yang menciptakan damai ini.

----------------------------Hari Raya Idul Fitri-------------------------------------------

Sedikit coretan boleh dikongsi bersama pada laman kali ini tentulah berkisar tentang raya. Dalam perlumbaan ucapan SMS raya terbaik pada tahun ini saya memilih pemenangnya ucapan "Selamat Hari Raya Idul Fitri" & "Minal Aidin Walfaizin"

Terbaik kerana pada tahun ini terasa kesedaran kearah fitrah sebenar amat terserlah. Tahun ini banyak bentuk teguran dilemparkan satunya pada ucapan Aidil atau Idul & pilihan terbaik selayaknya pada Idul yang bererti "kembali".. Idul Fitri - Kembali kepada Fitrah.

Juga ungkapan mengikut tradisi "minal aidil". Aidil yang lebih dekat kepada maksud tangan adalah ungkapan yang kurang tepat. Ucapan sebenar adalah "Aidin" yang membawa erti "Kembali.

Tedapat penjelasan yang lebih menarik boleh didapati melalui carian di internet berhubung makna dan signifikan disebalik ungkapan-ungkapan tersebut.

Sekian dulu untuk kali ini. Berjumpa lagi - InsyaAllah,