Wednesday, April 29, 2009

Result peperiksaan PTD 2009

Sebelum keluar rumah tadi sempat jenguk kejab peti surat No 18, Lrg Jasa 2D.. Ada surat untuk Mohd Haikal Mohd Yusuff.

Dari SPA.. Wah agak suprise gak ni sebab memang ada apply jawatan untuk PTD.

Jadi bukaklah dengan berhati-hatinya dan penuh pengharapan..

Maka isi kandunganya;


Walau hampa jugak, tapi yang penting ada usaha dan kena terus berusaha... =)

Tuesday, April 28, 2009

Virus in Blog's page


Ha' ???

Lukisan 2009


Dah bertahun tak melukis.. tiba-tiba ada mood nak melukis balik. Mungkin sebab masa begitu banyak sekali sekarang ni.. =)

Saturday, April 25, 2009

Padang Bola



Kehangatan Piala FA yang semestinya Juara bagi musim 2009 adalah Selangor. Pemain terbaik perlawanan adalah Moh Amri Yahya. Menurut pengulas semalam, Amri dikesan bakatnya bermain bolasepak ketika dia sedang berlari-lari dipermatang sawah. Tidak ada siapa menduga dia akhirnya menjadi salah satu ikon bolasepak Selangor dan Negara.

Ini semestinya buatkan aku terimbau kenangan lalu bagaimana aku bermula sebagai seorang yang berlari-lari diatas jalan tar. Halaman diantara rumah-rumah di Lorong 3, Kampung Baru Sri Puchong menjadi lokasinya. Ruangnya tidak begitu besar. Hanya berukuran 15x10m, tapi kenanganya pasti tidak boleh dilupa. Dengan tiang gol yang tidak seperti kebiasaanya berada ditengah padang (dalam kawasan A), dan jalan tar yang termasuk dalam kawasan permainan menjadikan permainan bolasepak awalku agak mencabar.

Pemain terjatuh kedalam longkang adalah pekara biasa kerana bola outside adalah apabila bola masuk dalam longkang. Kadang-kdang untuk menyelamatkan bola, badan yang menjadi habuan longkang. Tanpa kasut, memang kerap kali kaki terutamanya ibu jari terkoyak apbila tersepak permukaan jalan tar yang tajam. Dalam keadaan kaki yang menitiskan darah permainan tetap diteruskan. Rasa sakit cuma seminit dua.

Paling tak boleh dilupakan diwaktu usia kami masih bersekolah rendah, kami pernah bertukang membuat tiang gol. Lebih manis kami juga membuat jaring gol sendiri menggunakan tali rapia meskipun jaring hanya bertahan untuk 1 hari sahaja. Rasa bangga juga bila jaring kami mendapat perhatian orang-orang kampung.

Kini padang tersebut cuma menjadi tempat bersejarah sahaja. Tidak ada generasi seperti kami lagi yang berminat menggunakanya..

Mungkin kerana zaman kanak-kanak hari ini begitu suram. Permainan game console, Internet dan sebagainya telah menghapuskan keseronokan merasai bermain bola atas jalan tar, main nyorok-nyorok, combat, konda-kondi, rounders, dan semestinya main kawin-kawin.

Apapun, aku dan rakan-rakan tidaklah menjadi ikon bolasepak negara pada hari ini.. Mungkin kerana kami berlari diatas tar, bukan permatang.. =)

Apa yang ku tahu

Mengapa hati resah mencari damai,
Kalau damai itu bukan milik hati..

Carilah gembira disebalik duka,
Mungkin disana ada berita untuk yang terluka..

Berjalan, mentafsir dan melihat,
tidak juga kalau itu bukan yang dijanjikan..

Berhujah dan terus berdebat,
bernoktah tanpa sempadan..

Berlari laju meredah taufan,
Biar tersungkur rebahnya membaham badan..

Duduk sebentar,
Berfikir sejenak..

Duduknya lama,
Mati akal..

Berbicara?
terdiam lesu..

Berikat pada tiang,
berbudi pada bahasa,
berilmu pada diri,
berbakti pada nusa, bangsa dan agama..

Bermadahnya indah,
Bertuturnya hebat..

Bertambahnya nikmat,
berdengki usah disemat..

Bersamanya membina,
Selamanya sejahtera..


-------------------
haikal: 1.58am

Wednesday, April 22, 2009

Tips Jangan Bersedih (V1)

Melihat manusia berada dalam kesedihan bukanlah suatu pilihan. Sebagai insan yang mempunyai hati dan perasaan, ditambah pula kalau manusia itu mempunyai ikatan persahabtan, pilihan pertama adalah membantu meleraikan kesedihanya.

Juga mempunyai kawan-kawan bermakna mempunyai pelbagai kesedihan. Ada yang mungkin kemurungan menghitung nasib yang sudah tersasar dari kebenaran, ada kesedihan kerana perselisihan dalam persahabatan, ada sayu kerana terasa kurangnya kasih sayang kekeluargaan, ada yang bingung memikirkan masa hadapan, ada yang kusut memikirkan bebanan pekerjaan dan ramai juga yang sedu meluahkan hati yang retak dilanda masalah percintaan.

Memang ada pandangan-pandangan khusus yang boleh difikirkan untuk tiap kesedihan. Tetapi sebenarnya ada 1 jawapan khusus dan terbaik untuk semua jenis kesedihan.

Dalam dunia ini sejak dari penciptaan Nabi Adam A.S, telah berlakunya pengiliran antara kesedihan dan kegembiraan. Ketika Adam dan Hawa bergembira disyurga, mereka juga dilanda kesedihan diturunkan kedunia. Begitu juga ketika tentera Islam meraikan kejayaan Perang Badar, mereka ditimpa kesedihan tumpas di medan Uhud. Dan hari ini juga umat islam ditimpa kesedihan melihatkan darah umat Islam yang deras mengalir dibumi Palestin, Iraq, Afghanistan, Bosnia dan India.

Tetapi janji Allah pengiliran tetap akan berlaku selepas kesedihan ini. Dunia suatu hari nanti akan diperintah oleh Imam Mahdi dalam keadaan umat Islam ketika itu akan merasai keamanan dan kesejahteraan. Sehinggakan manusia yang mati juga ingin hidup kembali kerana begitu damainya dunia dibawah pimpinan Imam Al-Mahdi pada waktu itu.

Mungkin kerana itu Allah menenangkan jiwa-jiwa yang ditimpa kepayahan dengan ayat

"Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (An-Nasyrah : 5)

dan...

"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Yunus : 107)

Ujian adalah untuk meningkatkan ketakwaan. Elok juga kalau direnungkan atau difikirkan ayat-ayat Al-Quran ini bagi hati yang dilanda kesedihan:

"(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan" (Ali Imran [3]: 134)

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui" (Ali Imran [3]: 135)

Mungkin kita sering mendengar perkataan takwa, akan tetapi masih tercari-cari bagaimana ciri sebenar orang bertakwa. 3 Ayat diatas mungkin boleh memberi sedikit panduan.

1. Orang bertakwa ialah orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, cepat-cepat ia memohon ampunan dari Allah.

2. Orang bertakwa ialah orang yang suka menderma masa senang atau susah.

3. Orang bertakwa mampu menahan kemarahanya.

4. Orang bertakwa sentiasa memaafkan kesalahan orang.

5. Orang bertakwa suka membuat kebaikan. Dan apa pula kaitan ayat-ayat ni dengan kesedihan masalah percintaan, bebanan kerja dan sebagainya? Bagi saya kaitanya adalah inilah tips yang diberikan dari kitab Al-Quran bagaimana menghadapi kesedihan seterusnya meningkatkan lagi ketakwaan.

Tenangnya hati jika ayat-ayat diatas diamati dan diterjemahkan melalui:

1. Tatkala kita dilanda kesedihan tersebut, kita sentiasa memohon ampun dari Allah. Boleh jadi kesedihan itu adalah disebabkan dosa-dosa kita yang lalu.

2. Walaupun merasa sedih, tapi mungkin dengan menderma boleh menguatkan semangat diri. Derma adalah satu pengorbanan, dan orang yang benar-benar sanggup berkorban adalah orang yang mempunyai jiwa yang kental.

3. Baik juga diwaktu kesedihan kita mampu menahan perasaan marah. Perasaan marah cumalah menambahkan lagi kekusutan yang sedia. Perasaan marah membuatkan akal tidak dapat berfikir dengan waras. Mengawal marah bererti menahan amarah nafsu dari mengantikan akal untuk berfikir.

4. Maafkan kesalahan manusia lebih-lebih lagi manusia yang menyebabkan kesedihan. Memaafkan manusia memerlukan kekuatan. Dengan memaafkan, kita telah memiliki kekuatan tersebut.

5. Hapuskanlah kesedihan itu dengan melihat orang lain merasai kesenangan. Bila kita membantu manusia-manusia yang berada dalam kesusahan, manisnya kesenagan orang pasti tempiasnya dapat juga kita rasakan.

Yang lebih pentingya, kita sebenarnya juga akan diuji adakah kita mampu untuk memohon keampunan, menderma, menahan marah, memaafkan dan membuat kebaikan ketika kita dalam kesedihan. Jika kita mampu, dengan izin Allah boleh jadi kita tergolong dalam orang-orang yang diiktiraf ketakwaanya dan merasa tenang atas segala kesedihan yang akan mendatang.

IKLAN TONG GAS

SERVIS PENGHANTARAN TONG GAS MEMASAK
KAWASAN SEMENYIH

(GAS TANK DELIVERY SERVICE)



HUBUNGI:

Shahril – 0142375518
Kamal – 0133383455


R5 ENTERPRISE
No: 40, Jln 6/2, Bandar Baru Rincing, Semenyih.

Saturday, April 11, 2009

Bola Sepak Kita.

"Wei, berani 1 by 1 lah.. Jumpa wa kat sana nanti. @el#ka!!"

"*#@Ma*!!"

"Woii.. Si@! lu pehal"

"Bang tangkap gambar saya sekali.. nak jugak"
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Jujur aku katakan yang inilah pertama kali aku menyaksikan aksi pertengkaran antara 2 kelab penyokong yang agak ramai. Kalau nak ikutkan stadium bukanlah suatu yang baru bagi aku, tapi insiden provokasi melampau anatara penyokong Selangor dan Kelantan malam tadi agak menghiburkan secara fizikalnya.

Perbalahan malam tadi melibatkan sekumpulan penyokong yang aku anggarkan dalam 100 orang ditempat letak kereta setelah perlawanan tamat. Takde punca yang jelas tapi rasanya agak mudah untuk meramalkan semuanya kerana provokasi dari individu-individu tertentu.

Perbalahan ni akhirnya dileraikan oleh sekumpulan anggota Polis dan keadaan kembali tenang selepas 30 minit.

*Komen*

  1. Menghiburkan kerana provokasi melibatakan aksi bertikam lidah dan tidak ada mesej yang jelas yang ingin disampaikan. Rasa tidak puas hati diterjemahkan dengan perkataan makian dan carutan melampau. Sebab itu masalah tak selesai. Kedua-dua pihak sendiri tidak memahami apa masalah sebenar mereka sehingga mencetuskan pertengkaran.
  2. Kedua pihak mahukan pergaduahan atau dengan kata lain ingin menambahkan musuh. Lebih mengharukan musuh yang ingin dicipta adalah dari bangsa & agama sendiri (Melayu Islam).
  3. Apabila wartawan mengambil gambar, ada yang beria minta gambar mereka dirakamkan. Apa sebenarnya yang mereka cari. Perhatian atau publisiti murahan


Pandangi Langit Biru ini


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Robb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka” (QS. Ali Imran: 190-191)

Thursday, April 9, 2009

Kabinet Baru Malaysia 2009

Portfolio Menteri
Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi) Dr. Koh Tsu Koon
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen) Mohamed Nazri bin Abd. Aziz
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi) Nor Mohamed Yakcop
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Jamil Khir Baharom
Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein
Menteri Kewangan Najib Tun Razak
Menteri Kewangan II Ahmad Husni Mohamad
Menteri Pertahanan Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kong Cho Ha
Menteri Kerjaraya Shaziman Abu Mansor
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Peter Chin Fah Kui
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapa Mohamad
Menteri Luar Negeri Anifah Aman
Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin
Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat
Menteri Sumber Manusia S. Subramaniam
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Jalil
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Maximus Ongkili
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Douglas Unggah Embas
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Shafie Apdal
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Ismail Sabri Yaakob
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Bernard Dompok
Menteri Belia dan Sukan Ahmad Shabery Cheek
Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai
Menteri Penerangan Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Rais Yatim
Menteri Pelancongan Ng Yen Yen
Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Friday, April 3, 2009

Haikal

Setiap nama mestilah suatu yang unik. Bila disebutkan 'Ali' bagi mereka yang mengikuti sirah mungkin akan terlintas difikirkan perihal manusia yang sangat rapat dengan nabi bernama Saidina Ali Karamallah. Juga mereka yang mempunyai kecenderungan sukan, tidak dapat tidak Muhammad Ali 'd greatest boxer' pasti dalam ingatan. Tidak ketinggalan Muahamad Ali Karemi, lagenda bolasepak Iran. Mungkin juga dikalangan orang melayu, nama Ali lebih cenderung dikaitkan dengan Ali baba bujang lapok. Baik juga disebutkan Ali davidson untuk peminat motosikal berkuasa kuda tinggi.

Mungkin Ali adalah nama yang begitu mahsyur diserata dunia. Rata-rata pemakai nama Ali adalah mereka yang pernah menempah kemahsyuran. Bagaimana pula dengan nama haikal? Menyelusuri kehidupan ini selama 26 tahun meyaksikan haikal dibayangi pelbagai persepsi.

"Ismi haikal.."



"hey do you know the meaning of haikal is skeleton?" sambil tersenyum pelajar arab menerangkan.



"and it can be the structure as well" terang pelajar dari timur tengah yang lain.

Sebenarnya tidak menghairankan 'haikal' dalam bahasa arab mempunyai pelbagai pengertian. Bahasa Arab itu sendiri yang diperakui sebagai bahasa yang mempunyai nilai tatabahasa yang tinggi kadangkala mempunyai lebih dari 50 pengertian yang berbeza untuk hanya satu perkataan.

tidak kurang bagi mereka yang mengikuti arus perdana dunia..



Haikal sulaiaman (tiada dalam gambar). Orang yahudi mendakwa haikal sulaiman adalah tempat ibadah mereka yang tertimbus dibawah masjidil Aqsa (gambar diatas).

kadangkala bila memperkenalkan diri kepada golongan-golongan wanita.. "nama saya haikal"



yang kerap kali terlintas difikiran mereka haikal adalah satu nama yang sinonim dengan watak jahat dalam filem atau drama.

dan bedasarkan segelintir pengalaman tidak kurang juga;



"eh, budak nama haikal mesti nakal-nakal kan? ko nakal tak dulu" yang bertanya.

Mengelamun jauh merentas masa lalu pasti menemukan zaman kegemilangan kanak-kanaku. Haikal pada minda imiginasi kanak-kanak seusia denganku pasti menerbitkan kelucuan.



basikal..



"weh Sakai.." bahan yang digunakan untuk memprovokasi empunya nama haikal.

Tapi kalau bertanya pada Mak,



"Haikal ni maknaya sesuatu yang menyuburkan.. pohon yang subur" Mak lancar menerangkan sambil tukang dengar yang turut menyampuk mengusik.

------------------------------------------------------------------------------------
Inilah sebuah nama yang menjadi doa bagi yang memanggil.. :)

Prison Break Season 4 Episode 17

Thursday, April 2, 2009

Jiran Cinaku..

Taman Jasa Ria, Kampung Batu Belah. Oh ye, ni nama taman rumah aku. Kampung batu belah pulak lokasinya. Takde nak promote pape pun. Juz nak flashback kisah jiran cinaku disini.

Taman ni terdapat cuma 40 buah rumah dengan 50% penghuni cina, 40 Melayu, dan 9% India. Jadi semua penududuk taman ni dikira sebagai jiran aku lah sebab masih termasuk dalam lingkungan 4o buah rumah. Taman ni pula asalnya adalah kebun getah, tempat aku cari biji getah untuk dilagakan waktu zaman sekolah dahulu. Kawasan perumahan ni dikelilingi oleh rumah kampung komuniti asal penduduk kampung batu belah.

Bila hari raya eid-fitr boleh dengar bebudak melayu sakan bakar mercun dan meriam besi. Standard la bebudak kampung. Tiang telefon mana yang derang ambik buat meriam pun aku tak pasti. Yang penting line telefon rumah aku masih ok sudahla.

Ada pernah jadi skali jiran cina belakang rumah aku pegi sound bebudak melayu ni. Lepas sound senyap kejab. Lepaih tu bunyi balik. Dah aku tengok bapak budak pun ada yang main. Ala, apa nak bising-bising kan? bila raya Gong Xi Fa Choi kita pulak kena sabar dengar lagi bingit mercun derang sampai kepagi.. Lagi mengharukan, pagi-pagi tengok penuh abu mercun atas kerta kita. Yang kurang best-nya lepas peristiwa ni, rumah jiran cinaku kena conteng pulak.

Apapun, amat payah untuk aku sendiri bergaul dengan jiran-jiran yang berbangsa cina disini. Jauh berbeza dengan suasana ketika aku dibesarkan dalam suasana kampung di Puchong dulu. Kalau dulu banyak kali gak main bola lawan team budak india dan kadang-kadang main baling duit dekat dinding dengan anak tokey kedai cina, tapi sekrang ruang tersebut dah agak terbatas. Ketara juga sebenarnya taraf hidup mempengaruhi nilai-nilai kemasyarakatan. Takpelah, tu cerita 14 tahun dulu.

Sepanjang pendudukan aku kat taman ni bukanya tak ada langsusng pergaulan dengan jiran cina. "Used to have one lah". Dulu sebelum dia berpindah depan rumah aku ni ada sorang jiran berbangsa cina yang memang peramah. Bila ada majlis atau hari raya dia akan datang rumah. Bila Gong Xi Fa Choi kami memang selalu dapat limau mandarin. Bila dia ada masalah kadang-kadang dia akan datang mengadu pada kami. Anak dia dua orang lelaki. Yang tua sekali bila tanya dia dah besa nak jadi apa? jawapan yang tak pernah berubah nak jadi 'gengster'.. kalau gengstarz takpe la lagi. Ntahla, dah tercapai belom cita-cita budak ni sekrang. Harap-harap kalau dah jadi bapak genster pun janganlah buat dajal kat aku pulak.. :)

Taman ini sendiri sepanjang pengetahuan aku tidak pernah diadakan aktiviti penduduk. Eh, pelik ke kalau tak ada? Dah tentulah tidak. Berapa banyak sangat persatuan berasaskan taman perumahan yang ada di Malaysia hari ini? Yang terbaru pun persatuan penduduk Bukit Antarabangsa. Itupun selepas tanah bukit seolah menghalau mereka keluar dari kawasan tersebut. Kat sini, nak tunggu camtu baru nak ada persatuan penduduk kot? Paling kurang pun kalau tidak ada persatuan penduduk, diadakan jugalah aktiviti-aktiviti bersama. Teringat waktu di Puchong dahulu, aku waktu tu darjah 5 pernah anjurkan hari sukan untuk kawan-kawan. Hadiah pemenang tu aku ambik dari barang-barang yang ada kat rumah masa tu macam pensil box, pemadam, pensil dan sebagainya. Harta along pun ada gak terambik gak rasanya. Sedekah jela long :)

Sebenarnya topic ni sedikit sebanyak nak meluahkan betapa payahnya mewujudkan hubungan antara penduduk di Malaysia. Hubungan Melayu sama Melayu pun kadang agak dingin inikan pula untuk mewujudkan hubungan antara bangsa-bangsa. Lagi mudah sebenarya menjalinkan hubungan antarabangsa. Kenapa tak percaya? Cuba tanya menteri luar Malaysia. Eh korang tak tau ke siapa menteri luar Malaysia? ish, nak interview masuk gomen baru nak hafal la ni. Ish3.