Saturday, April 25, 2009

Padang Bola



Kehangatan Piala FA yang semestinya Juara bagi musim 2009 adalah Selangor. Pemain terbaik perlawanan adalah Moh Amri Yahya. Menurut pengulas semalam, Amri dikesan bakatnya bermain bolasepak ketika dia sedang berlari-lari dipermatang sawah. Tidak ada siapa menduga dia akhirnya menjadi salah satu ikon bolasepak Selangor dan Negara.

Ini semestinya buatkan aku terimbau kenangan lalu bagaimana aku bermula sebagai seorang yang berlari-lari diatas jalan tar. Halaman diantara rumah-rumah di Lorong 3, Kampung Baru Sri Puchong menjadi lokasinya. Ruangnya tidak begitu besar. Hanya berukuran 15x10m, tapi kenanganya pasti tidak boleh dilupa. Dengan tiang gol yang tidak seperti kebiasaanya berada ditengah padang (dalam kawasan A), dan jalan tar yang termasuk dalam kawasan permainan menjadikan permainan bolasepak awalku agak mencabar.

Pemain terjatuh kedalam longkang adalah pekara biasa kerana bola outside adalah apabila bola masuk dalam longkang. Kadang-kdang untuk menyelamatkan bola, badan yang menjadi habuan longkang. Tanpa kasut, memang kerap kali kaki terutamanya ibu jari terkoyak apbila tersepak permukaan jalan tar yang tajam. Dalam keadaan kaki yang menitiskan darah permainan tetap diteruskan. Rasa sakit cuma seminit dua.

Paling tak boleh dilupakan diwaktu usia kami masih bersekolah rendah, kami pernah bertukang membuat tiang gol. Lebih manis kami juga membuat jaring gol sendiri menggunakan tali rapia meskipun jaring hanya bertahan untuk 1 hari sahaja. Rasa bangga juga bila jaring kami mendapat perhatian orang-orang kampung.

Kini padang tersebut cuma menjadi tempat bersejarah sahaja. Tidak ada generasi seperti kami lagi yang berminat menggunakanya..

Mungkin kerana zaman kanak-kanak hari ini begitu suram. Permainan game console, Internet dan sebagainya telah menghapuskan keseronokan merasai bermain bola atas jalan tar, main nyorok-nyorok, combat, konda-kondi, rounders, dan semestinya main kawin-kawin.

Apapun, aku dan rakan-rakan tidaklah menjadi ikon bolasepak negara pada hari ini.. Mungkin kerana kami berlari diatas tar, bukan permatang.. =)

2 comments:

lela said...

siap ngan layout padang lagi tu hah.

impressed2.

:)

haikal said...

mesti..mesti.

susah nak bagi orang imagine.. :)