Wednesday, March 4, 2009

Ceramah Maulid Hari ke-8

Malam tadi hari ke-8 dari 12 hari yang dirancang kat surau rumah aku untuk sambutan Maulidurrasul tahun ni. Malam tadi Ustaz dari Melaka, mantan pensyarah syariah di UTM. Ustaz Anuar, dalam lingkungan 60 tahun.

Apa yang menarik tentang ustaz ni, cara penyampaian yang cukup tegas. Aku rasa macam dia tengah marah anak-anak dia je. Tapi at last dia explain balik yang nak membentuk hati manusia ni cukup susah dan keras. Sebab tu kena guna bahasa yang menggetarkan jiwa.

Antara isi menarik nak share:

1. Manusia adalah sangat mulia. Manusia bernama Adam telah Allah perintahkan malaikat sujud kepadanya. Bila lahir kedunia, rasulullah tunjukkan bagaimana mulianya manusia sehingga disambut dengan Aqiqah. Berat rambut ditimbang pula dengan harga emas.

2. Tapi agak menyedihkan bila manusia yang mulia ni tidak dibentuk dengan sebaiknya. Lebih buruk ada orang islam yang merempat dan mengemis, merendahkan taraf manusia.

3. Didalam Al-Quran Allah jelaskan proses kejadian manusia "step by step" dari simen hinggalah kepada fetus (Surah Al-Insan. Kenapa? Nak menunjukkan pembinaan manusia dari awal lagi dah teratur dan mengikut sistem yang Allah tetapkan. Maka akhirnya, lahirlah seorang manusia yang sempurna. Lihat apabila sistem ini diganggu, contohnya apabila seorang ibu mengambil ubat-ubatan yang tidak sepatutnya, anak yang dilahirkan besar kemungkinan tidak sempurna sifatnya (Teringat pernah belajar pasal ubat Thelidimide untuk miscarriages tapi sebabkan deformities pulak kat bayi)

4. Begitu halnya dengan manusia yang baru dilahirkan, proses pembentukkan perlu mengikut acuan yang telah digariskan oleh Allah. Kemudian barulah kita lihat lahirnya manusia yang sempurna diatas dunia. Kerana itulah diutuskan Nabi Muhamad untuk membimbing umat akhir zaman.

5. Akan tetapi Rasulullah tidaklah diutuskan untuk mengajar tentang ekonomi, pembangunan fizikal dan sebagainya. Semua tu Allah dah bagi ilham kepada manusia. Sebelum Rasulullah lahir pun dah ada bangsa yang cukup hebat dalam seni pembinaan.

6. Tujuan utama Rasulullah diutuskan adalah untuk membentuk manusia dengan acuan yang Allah dah sediakan. Acuan ini sudah cukup cantik dan khas untuk manusia. Tapi manusia ramai yang ragu-ragu serta ingkar.

7. Bagaimana caranya yang utama? Dengan menjaga Solat.

8. Perhatikan rukun Islam - Syahadah, Solat, Puasa, Zakat, Haji. Haji, puasa dan zakat masih diberikan kelonggaran. bagi yang mampu sahaja mengerjakanya. Tapi solat semua muslim wajib mengerjakan tidak kira dalam keadaan apa sekalipun (sakit, perang, dan sebagainya. Begitulah pentingya solat.

9. Solat yang baik kemudian pasti akan membentuk peribadi yang baik. Dari situ akan menghormati ibubapa, menjaga kebersihan diri dan sebagainya.

10. Dan ditekankan kriteria pasangan yang baik untuk melahirkan generasi manusia yang sempurna ini. Rasulullah bersabada, perempuan itu dipilih kerana 4 pekara.

a. Kecantikan
b. Harta
c. Keturunan
d. Agama.

tapi Rasulullah kata keutamaanya pilihla yang mempunyai agama.

Kata ustaz, lihat susunan yang Rasulullah berikan (cantik - harta - keturunan -agama) memang mengenai fitrah manusia. Manusia mesti nak pilih yang cantik-cantik dulu sebagai kriteria utama, dan biasa kita tengok kalau tak cantik pun, janji ada harta. Tapi sebenarnya yang ada agamalah tunjang untuk melahirkan keluarga yang bahagia serta anak-anak yang baik.

------------------------------------------------------------------------------------
Ceramah kali ni dapat bihun.. :)

7 comments:

FaZiLa said...

bkn ker agama adalah ciri pertama dlm memilih isteri?

kalo salah,tlng btolkan :)

Anonymous said...

Input yang sgt bermanfaat :) cuma x tahan yg part 'ceramah kali ni dapat bihun'...haha

Anonymous said...

betul tu mekla..
tapi Nabi cakap normal seorang laki tu dia akan pilih pasangan yang cantik dulu, kemudian tengok kat harta. Tapi yang nabi nasihatkan, pilihla yang ada agama..

Anonymous said...

maklang zaila,
mesti concern hal tu.. sbb kalau balik rumah mesti ada yang tanya dapat apa hari ni?
hehe

Anonymous said...

tau dah sapa yang akan tanya tu! hehe

Anonymous said...

o cmne lh tau plk? konpius2.. :)

@mn4ever98@ said...

hehehe..sape lagi? ;)