Friday, March 13, 2009

PPSMI harus disokong?

Saya adalah antara individu yang menyokong perlaksanaan PPSMI. Bagi anda yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini, harap bersabar dan dapat menghabiskan pembacaan anda terlebih dahulu. Bagi yang turut menyokong, anda juga mungkin tidak sependapat dengan saya.

PPSMI amat menarik pemerhatian saya. Saya tergolong dalam ribuan graduan berbangsa melayu yang telah melalui sistem pembelajaran Sains & Teknologi dalam Bahasa Inggeris. Cuma bezanya saya merasai sistem ini sepenuhnya ketika 2 tahun berada di pusat matrikulasi dan 4 tahun diperingkat ijazah bioperubtan. Diperingkat menengah saya, PPSMI masih lagi diperingkat cadangan perlaksanaanya.

Antara sinopsis ringkas dari saya:

1. Adakah penguasaan Bahasa Melayu saya jatuh?

Ya, benar.

2. Adakah pembelajaran saya menjadi lebih sukar?
Ya, sudah tentu.

3. Apakah pandangan saya terhadap PPSMI?

Bagus untuk sistem yang kita gunapakai sekarang ini.

4. Apakaha pandangan saya terhadap pemansuahan PPSMI?
Bagus untuk melahirkan aplikasi Sains & Teknologi yang lebih menyeluruh.

Kalau diperhatikan sistem pembelajaran yang ada di Malaysia pada hari ini, bahasa Sains & teknologi adalah bahasa Inggeris.

Mengapa? Hasil pemerhatian kasar saya dan maklum balas rakan-rakan dari IPT lain, pembelajaran sains mereka juga kini mula menjurus kepada penggunaan bahasa inggeris sepenuhnya. Dan jika kita perhatikan senario sekarang, perjuangan menentang PPSMI sebenarnya adalah untuk pengajaran dan pembelajaran diperingkat menengah sahaja. Tidak pula kedengaran rancangan pemansuhan mahupun bantahan diperingkat IPT.

Dengan memikirkan fakta diatas, secara peribadi saya melihat PPSMI sebenarnya memberikan pendedahan yang baik untuk pelajar-pelajar yang bakal meneruskan kesinambungan pembelajaran di IPT. Pelajar-pelajar PPSMI seharusnya sudah didedahkan dengan teknik serta cara untuk menguasai sains & teknologi dalam bahasa inggeris dengan lebih baik.

Tambahan lagi, bahasa Sains dan Teknologi sekarang adalah Bahasa Inggeris. Sumber rujukan untuk S&T sudah tentu berdozen yang boleh diperolehi dalam bahasa inggeris jika dibandingkan dengan sumber asal dan terjemahan dalam bahasa melayu yang ada. Menguasai Bahasa Inggeris memberikan kelebihan kepada akses sumber rujukan ini dengan lebih cepat serta tepat.

Jika kita masih meneruskan sistem sebegini, tetapi PPSMI dimansuhkan. Langkah ini saya lihat seperti tindakan berundur selangkah kebelakang.

Apakah PPSMI akan berjaya memantapkan lagi penguasaan Sains & Teknologi? Secara peribadi saya melihat PPSMI memungkinkan penguasaan yang lebih baik dari segi teori sahaja, akan tetapi tidak dari segi aplikasi dan kemahiran inovatif. Jika ini berlaku, PPSMI masih dikira berjaya kerana matlamat asalnya adalah untuk menguasai ilmu. Dari segi produktiviti, kita mungkin tetap sama. Oleh itu tidak mustahil kesan dari sistem ini kita akan melihat ramai pendidik yang akan dilahirkan berbanding penghasilan produk-produk baru berteknologi tinggi berjenama negara.

Apa yang saya cuba rungkaikan diatas lebih berkait rapat dengan sistem pembelajaran Sains & Teknologi di Malaysia. Akan tetapi saya juga adalah pencinta bahasa ibunda. Hilanglah integriti melayu dalam diri saya jika bahasa ini tidak dipertahankan. Saya juga lebih rela melihat kejayaan dalam Sains & Teknologi negara dicapai dengan Bahasa Melayu dijadikan bahasa teras. Jika difikirkan dengan lebih teliti, inilah yang dikira sebagai kejayaan. Sokongan saya terhadap PPSMI hanyalah dengan mengambil kira sistem yang ada sekrang.

Saya antara jutaan mungkin rakyat Malaysia yang mahukan sistem ini diperhalusi semula. Jika PPSMI diperingkat pengajian rendah dimansuhkan, seharusnya pembelajaran ini diperingkat tinggi juga dimansuhkan. Dengan itu, seluruh IPTS dn IPTA menggunakan bahasa ibunda sahaja untuk Sains & Teknologi.

Saya sedar pasti ada ketakutan disana terutama dalam rancangan Malaysia menjadi hub pendidikan serantau. Akan tetapi negara Jepun dan Jerman telah membuktiakn bahasa meraka sendiri telah menguasai Sains & Teknologi malahan jauh kehadapan. Disni dapat dilihat, kualiti yang ditawarkan lebih menjadi daya tarikkan berbanding bahasa yang digunakan. Apa yang mewujudkan kualiti dalam Sains & Teknologi? Bagi saya dengan bahasa melayu dijadikan teras dalam setiap peringkat pembelajaran. Kerana itu kita melihat pelajar-pelajar Malaysia akan menguasai bahasa Jepun atau Jerman terlebih dahulu sebelum mereka dihantar keluar negara untuk meguasai teknologi negara-negara tersebut. Kita juga mampu.

Dari aspek aplikasi Sains & Teknologi, saya melihat penggunaan Bahasa Inggeris melahirkan suatu yang dinamakan sebagai 'keterbatasan sumber'. Maksud saya disini bagi rakyat Malaysia yang kurang penguasaan Bahasa Inggeris tetapi mempunyai bakat yang besaar dalam bidang Sains & Teknologi akan dinafikan peluang untuk menerokai bidang ini dengan lebig giat lagi.

6 comments:

Anonymous said...

hat ni lah orang dok kata skrang nih.

basic english mantap dulu. baru masuk english dan science

Anonymous said...

mantap basic? hurm..

Anonymous said...

budak senang belajar science math dalam BM sebab dah mantap BM.

so kene mantap english dulu....

mind you berapa kerat silibus english di sekolah rendah yang really emphesize pada basic english?????

setakat ajar complex sentence bla bla bla, semua modal untuk dapat A time UPSR.

sepatutnya nak belajar english kene lebih dari tu....

bila dah mantap english.....baru PPMSI works!!!

kalau tak, setakat banyak vocab dan theory, tapi tak tau nak applikasi

serious!!!

Anonymous said...

perluke PPMSI soalnya?

Anonymous said...

itu artikel hang karang sendiri atau copy paste?...bahaya copy paste tanpa memberitahu dr mana sumbernya. tapi kalau hang yg wat...tabik spring le..hehe.terer gak wat analisa..:P

Anonymous said...

Miss NN..
pandangan sendiri. (haikal, 2009)